Memaparkan catatan dengan label Swansea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Swansea. Papar semua catatan

Selasa, 17 September 2013

Shelvey calar rekod Liverpool



SHELVEY (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama Swansea bersama rakan-rakan sepasukan di Stadium Liberty awal pagi semalam


LONDON - Bekas pemain tengah Liverpool, Jonjo Shelvey menjadi watak penting yang membantu Swansea City mengikat skuad The Reds 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Liberty awal pagi semalam.

Shelvey yang menyertai Swansea pada musim panas lalu, menjaringkan gol pembukaan seawal minit kedua sebelum membantu Michu meledakkan gol kedua pada minit ke-65, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Michael Laudrup mencalarkan rekod kemenangan 100 peratus Liverpool.

Bagaimanapun, satu mata yang dikutip sudah cukup untuk meletakkan Liverpool di kedudukan teratas liga, satu mata di depan pencabar utama, Arsenal dan Tottenham Hotspur yang berkongsi sembilan mata.

Namun, pengendali skuad The Reds, Brendan Rodgers tetap memuji karakter anak-anak buahnya sepanjang perlawanan itu.

"Saya rasa kami beraksi dengan sangat baik sepanjang 65 minit pertama.

"Kami menunjukkan karakter yang menakjubkan untuk mengikat kedudukan sebaik sahaja mereka memperoleh gol pertama dan mengawal permainan sehingga minit ke-65.

"Saya agak kecewa dengan gol kedua Swansea dan kemudian momentum mula berubah sepanjang 25 minit terakhir di mana kami terpaksa menunjukkan semangat juang dan karakter sebenar.

"Namun, kami berjaya membuktikannya malam ini (awal pagi semalam) bahawa permainan kami semakin menarik dan kami memiliki karakter yang tersendiri untuk mencatat keputusan yang baik," kata Rodgers.

Pada aksi semalam, Daniel Sturridge hanya mengambil masa dua minit untuk mengikat kedudukan 1-1 sebelum pemain pinjaman dari Chelsea, Victor Moses meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-37.

Bagaimanapun, penyerang Sepanyol, Michu membantu Swansea mengutip satu mata apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 26 Februari 2013

Penantian berakhir



BARISAN pemain Swansea meraikan kejayaan muncul juara Piala Liga selepas membenam Bradford pada aksi final di Stadium Wembley kelmarin.


LONDON - Strategi jangka panjang menjadi kunci kejayaan Swansea City yang akhirnya meraih trofi utama selepas tujuh tahun menanti.

Piala Liga yang dimenangi Swansea selepas menewaskan Bradford City 5-0 di Stadium Wembley kelmarin juga disifatkan pengurusnya, Michael Laudrup berkat kesabaran dan sumbangan pengurus sebelum ini yang sama-sama membangunkannya.

Antara pengurus yang pernah membimbing kelab selatan Wales itu sebelum ini adalah Roberto Martinez, Paulo Sousa dan Brendan Rodgers.

"Falsafah membangunkan kelab ini sudah ada enam hingga tujuh tahun lalu dan ketibaan saya hanya menyambung apa yang telah dilakukan pengurus terdahulu.

"Kerana falsafah antara pengurus itu sama, maka mudah bagi saya membangunkannya. Pengurus sedemikian biasanya mencari jenis pemain yang sama.

"Jadi, bila datang pengurus baharu, tidak perlu kerap tukar pemain seperti kelab lain. Dari segi ekonomi, ia memang menjimatkan dan baik untuk kelab ini," katanya.

Bagi Bradford, mereka pula tidak perlu malu dengan kegagalan itu kerana reputasi sebagai kelab Divisyen Empat yang berjaya layak ke final Piala Liga sudah cukup membanggakan.

Untuk rekod, Bradford merupakan kelab Divisyen Empat yang pertama layak ke final sejak kali terakhir Rochdale melakukannya pada 1962.

Laudrup sendiri memuji kemampuan Bradford itu yang dianggapnya suatu pencapai- an yang berhak diingati sampai bila-bila.

"Lihat pasukan apa yang mereka kalahkan sebelum ini seperti Wigan, Arsenal, Aston Villa dan Watford. Ia menakjubkan dan akan menjadi sejarah buat Bradford," tegas Laudrup.

Gol-gol Swansea kelmarin disumbangkan Nathan Dyer dan Jonathan de Guzman yang masing-masing menyumbang dua gol manakala satu lagi gol disumbangkan Michu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 25 Januari 2013

Hazard minta maaf


Eden Hazard diiringi pegawai perlawanan keluar padang selepas dilayangkan kad merah kerana menendang budak pemungut bola pada separuh akhir kedua Piala Liga menentang Swansea City di Cardiff, semalam. - AFP 
 
SWANSEA - Pemain Chelsea, Eden Hazard memohon maaf kerana menyepak budak pemungut bola yang menghalangnya daripada mendapatkan bola ketika separuh akhir kedua Piala Liga di Swansea, semalam.
Hazard, yang dibuang padang akibat kejadian itu, terus menemui mangsa, Charlie Morgan di bilik persalinan Chelsea dan meminta maaf kepadanya.

Charlie, 17, kemudian diketahui identitinya sebagai anak kepada pengarah Swansea, Martin Morgan.
Swansea, yang menang 2-0 di Stamford Bridge pada perlawanan pertama, mempertahankan keputusan agregat itu selepas seri tanpa jaringan di Stadium Liberty dan ke final bertemu Bradford City.
Kejayaan bersejarah Swansea dibayangi insiden luar biasa membabitkan bintang Belgium itu dan Morgan pada penghujung permainan.

Hazard menjelaskan dia tidak berniat untuk menendang budak pemungut bola itu.
"Budak itu menyembunyi bola dengan seluruh badannya dan saya cuba menendang bola itu, bukan budak itu.
"Saya minta maaf. Budak itu datang ke bilik persalinan dan kami sempat berborak disusuli ucapan minta maaf antara satu sama lain, jadi perkara ini sudah berakhir. Maaf sekali lagi," kata Hazard kepada Chelsea TV.

Kad merah yang dilayangkan Chris Foy akan menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu digantung tiga perlawanan, malah berkemungkinan hukuman dilanjutkan.
"Mereka memohon maaf antara satu sama lain," kata pengurus sementara Chelsea, Rafa Benitez kepada pemberita.

"Masing-masing tahu kesilapan sendiri. Dia (budak pengutip bola) cuba membazirkan masa. Hazard pula mahukan bola itu dengan cepat jadi dia melakukan sepakan itu. Mereka berdua buat silap.

"Kami akan uruskan perkara ini secara tertutup. Dia berasa kecewa dan sekadar ingin mendapatkan bola itu, tapi kami akan menganalisisnya dan nilai apa yang sebenarnya terjadi." - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Khamis, 24 Januari 2013

Swansea hampakan Chelsea



HAZARD (kanan) dilayangkan kad merah selepas bertindak agresif dengan menendang seorang budak pengutip bola awal pagi semalam.


SWANSEA - Pengurus Swansea City, Michael Laudrup tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas skuad kendaliannya mara ke final Piala Liga awal pagi semalam.

Meskipun aksi di Stadium Liberty itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, Swansea mengesahkan slot ke final selepas menang dengan agregat 2-0 hasil kemenangan pada pertemuan pertama di Stamford Bridge, 9 Januari lalu.

Bagaimanapun, Laudrup bimbang kontroversi yang dicetus oleh pemain Chelsea, Eden Hazard pada perlawanan tersebut akan meragut kegembiraan mereka layak ke final yang akan berlangsung di Stadium Wembley pada 24 Februari depan.

Hazard dari Belgium dibuang padang selepas menendang seorang budak pengutip bola.
"Saya akui perkara itu (tindakan Hazard) akan menjadi topik utama.

"Saya pernah menjadi pemain, saya faham kekecewaan yang dirasai dan dia mahu budak pengutip bola itu memberikan bola kepadanya," kata Laudrup.

Swansea bakal membuat penampilan pertama pada final terbesar dan mereka akan berdepan kelab Divisyen Empat, Bradford yang menamatkan cabaran Aston Villa kelmarin.

"Layak ke perlawanan akhir buat pertama kalinya adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Tambahan pula, kami menewaskan juara Eropah.

"Mereka mendapat banyak peluang pada perlawanan pertama dan hari ini (semalam). Mereka sedar bahawa mereka terpaksa menjaringkan dua gol namun kami bermain seperti biasa dan berjaya menghampakan mereka," kata Laudrup.

Laudrup berkata, Chelsea mula hilang keyakinan selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-80.
- AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 10 Januari 2013

Swansea tidak rela jual Michu



MICHU (kanan) menghukum kesilapan Ivanovic (kiri) apabila menjaringkan gol pertama Swansea pada aksi separuh akhir Piala Liga di Stamford Bridge semalam. Swansea menewaskan Chelsea 2-0.


LONDON - Pengendali Swansea City, Michael Laudrup menegaskan bahawa Michu tidak akan meninggalkan pasukan itu sepanjang musim perpindahan pemain, Januari ini.

Laudrup menyuarakan keyakinan tersebut selepas pemain tengah Sepanyol itu meledakkan satu gol untuk membantu Swansea menewaskan Chelsea 2-0 pada aksi separuh akhir Piala Liga awal pagi semalam.
Kejayaan menewaskan juara Eropah itu adalah yang pertama buat kelab Wales tersebut di Stamford Bridge sejak 1925.

Michu yang dibeli dengan nilai £2 juta (RM9.7 juta) daripada kelab Liga Sepanyol, Rayo Vallecano sudah meledakkan 16 gol sepanjang 25 penampilan musim ini.

Pada perlawanan awal pagi semalam, Michu meletakkan Swansea di depan pada minit ke-39 sebelum Danny Graham menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

Jumlah jaringan yang diperoleh menepati sasaran Michu tetapi Laudrup mengakui, prestasi semasa menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu menjadi rebutan beberapa kelab elit Eropah.

"Kami menyedari situasi tersebut, situasi ekonomi di dunia. Jadi, tidak banyak kelab yang mampu untuk membelinya," kata pengendali kelahiran Denmark itu.

"Ada beberapa kelab di England, dua di Sepanyol tetapi di Itali saya tidak tahu.
"Mereka cuba untuk membeli begitu juga dengan Bayern Munich di Jerman. Jadi, tidak banyak kelab yang mampu.

"Michu seronok bermain di sini. Dia gembira. Jadi, saya tidak bimbang kerana saya yakin dia akan kekal bersama kami untuk tempoh lima atau enam bulan akan datang tetapi saya tidak pasti pada musim panas ini.
"Saya tidak tahu berapa nilainya. Tanya pengerusi kelab. Dia melakukan tawar menawar musim ini, kami menyedarinya tetapi gembira kerana kami menemui pemain yang tepat.

Ketika diminta mengulas mengenai jumlah gol yang dijaringkan Michu, Laudrup berkata: "Berdasarkan jumlah jaringan, pasti menakjubkan apabila kamu tidak pernah terfikir dia adalah seorang penyerang.
"Dia sering kali beraksi di posisi tengah tetapi bila memperoleh peluang, dia akan menjaringkan gol. Itu sesuatu yang menakjubkan." - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my