Memaparkan catatan dengan label Shenhua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shenhua. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2013

Ivory Coast lepasi halangan



DROGBA (kanan) menjadi watak utama dalam membantu Ivory Coast mara ke suku akhir pada kempen Piala Negara-Negara Afrika tahun ini.


RUSTENBURG, Afrika Selatan - Ivory Coast bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Algeria 2-2 pada aksi terakhir Kumpulan D kempen Piala Negara-Negara Afrika 2013 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Royal Bafokeng itu, Didier Drogba dan Wilfried Bony menyelamatkan maruah skuad The Elephants daripada tewas buat pertama kalinya pada kempen tahun ini.

Drogba berjaya merapatkan jurang pada minit ke-77 sebelum Bony mengikat kedudukan tiga minit kemudian, sekali gus melenyapkan kelebihan Algeria yang memperoleh gol menerusi Sofiane Feghouli dan El Arbi Hilal Soudani pada minit ke-64 serta 70.

Keputusan seri itu sudah memadai buat anak-anak buah Sabri Lamouchi untuk melangkah ke suku akhir bersama-sama Togo yang seri 1-1 dengan Tunisia dalam satu lagi aksi awal pagi semalam.

"Saya berasa bangga dengan semangat anak-anak buah saya yang tidak mudah mengaku kalah meskipun sudah ketinggalan dua gol.

"Tahniah juga buat Algeria yang tidak memberikan kami laluan mudah.
"Namun, saya sedikit kecewa apabila Tunisia terpaksa pulang awal pada kempen kali ini," kata Lamouchi.
Pada aksi suku akhir Ahad ini, Ivory Coast akan berdepan naib juara Kumpulan C, Nigeria manakala Togo menentang Burkina Faso.

Sementara itu, jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic berkata, beliau memberitahu anak-anak buahnya supaya memenangi perlawanan itu.

"Malangnya, kami gagal menyaingi kehebatan Ivory Coast yang jauh lebih berpengalaman.
"Saya juga tidak menyalahkan Ryad Boudebouz yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama.

"Bagi saya, kami dalam proses pembentukan kerana dibarisi pemain muda dan memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyinar," katanya.

Pada perlawanan itu, Lamouchi kekal dengan polisi penggiliran pemain apabila melakukan rombakan besar-besaran termasuk mengetepikan sembilan pemain ketika mengatasi Tunisia 3-0 sebelum hari.

Hanya Koffi 'Romaric' N'Dri dan Salomon Kalou sahaja mendapat kepercayaan Lamouchi selain menyenaraikan semula Koulo Toure dan Drogba. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 26 Disember 2012

Perpindahan tidak berbaloi

-Kosmo



LAMPARD (kiri) dijangka akan mengikut jejak langkah Anelka (kanan) dan Drogba (tengah) ke Shanghai Shenhua di China.


http://kakibola.forumado.net/t1240-perpindahan-tidak-berbaloi#1784
SHANGHAI, China - Sekiranya Frank Lampard mahu berkelana ke China, dia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman 'pahit manis' dua bekas rakan sepasukan di Chelsea, Nicolas Anelka dan Didier Drogba.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemain tengah England itu.
Tidak hanya gaya kehidupan di luar padang tetapi perbezaan budaya yang begitu ketara menyebabkan ramai bintang bola sepak asing, terutamanya dari Eropah yang bermain pada saingan Liga Perdana China, kecundang separuh jalan.
Mereka terpaksa mencari jalan keluar dan ada yang hanya baru tiba beberapa bulan sahaja terpaksa meninggalkan China kerana tidak mampu menyesuaikan diri.
Bekas penyerang Perancis, Anelka menjadi antara pelopor pemain bertaraf bintang yang berhijrah ke China dan dia telah ditawarkan gaji £175,000 (RM865,198) seminggu oleh kelab Shanghai Shenhua kira-kira 10 bulan lalu.
Pada musim panas lalu, penyerang 'kembarnya' di Chelsea, Drogba turut menyertainya di Shanghai dengan bayaran gaji £200,000 (RM988,849) seminggu.
Anelka, 33, tekad untuk meninggalkan Shanghai dan dia telah menyuarakan perkara itu kepada pihak pengurusan kelab serta satu sumber juga memberitahu, Drogba bakal mengikut jejak langkah sahabat baiknya itu.
Oriental Sports Daily melaporkan bahawa Drogba masih belum menerima gaji pada bulan Disember kerana krisis pihak lembaga pengarah dan Shenhua juga dikatakan dalam proses bagi membatalkan kontrak Anelka.
Dalam pada itu, aksi Drogba di atas padang tetap tidak mengecewakan apabila dia menjaringkan lapan gol daripada 11 penampilan musim ini dan membantu Shanghai berada di kedudukan kesembilan liga daripada 16 pasukan.
Bagaimanapun, aksi Anelka sedikit menghampakan apabila sekadar meledak tiga gol sepanjang musim ini.
Apa yang pasti, kedatangan Anelka ke China seperti tidak dirasai dan dia juga dilihat gagal menambat hati peminat-peminat di sana sejak tiba pada Februari.
Namun, Anelka menegaskan, dia berpindah ke China bukan kerana wang dan perkara-perkara yang menjadi persoalan itu akan terlerai tidak lama lagi.
Ketua jurulatih Shenhua, Jean Tigana yang juga merupakan bekas pengurus Fulham telah dipecat selepas mengendalikan pasukan itu untuk lima perlawanan kerana pemberontakan pemain-pemain.
Anelka yang terkenal dengan sikap pendiam serta tidak mesra media mungkin terkejut dengan keputusan memecat Tigana sebagai ketua jurulatih Shenhua.
Beberapa minggu selepas Anelka membuat pengumuman mengugut untuk meninggalkan Shenhua, para pemilik kelab itu seperti mahu memujuk Anelka dan berjanji akan membawa bekas pengurus Argentina, Sergio Batista ke kelab tersebut.
Sementara itu, terdapat satu lagi kes pelik membabitkan pemain dari Argentina, Dario Conca.
Conca dipilih sebagai pemain terbaik Liga Brazil selama dua tahun berturut-turut ketika beraksi untuk Fluminense apabila dia kemudian membuat keputusan menyertai juara China, Guangzhou Ever- grande.
Penyerang tengah itu menyertai Guangzhou pada musim panas 2011 dengan rekod perpindahan China sebanyak AS$10 juta (RM30 juta) dengan kontrak selama tiga tahun dengan gaji AS$1.3 juta (RM3.98 juta) sebulan.
Sekarang, dia juga dilihat sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada kelab itu.
Pada bulan lalu, dia meninggalkan satu nota yang tertulis perkataan bahawa dia telah pergi dan tidak akan kembali.
Conca memberitahu bahawa dia tidak gembira berada di kelab itu dan banyak perkara pelik yang sentiasa berlaku, namun dia enggan menyata- kan sebab-sebab tersebut.
Untuk rekod, antara kes yang sama pernah dihadapi pemain-pemain Eropah yang berkelana ke negara lain terutama di Asia adalah bekas bintang England, Spurs dan Lazio, Paul Gascoigne yang menyertai Gansu Tianma pada 2003 tetapi hanya bermain empat perlawanan sebelum bertindak meninggalkan kelab itu atas alasan tidak dibayar gaji.
Lampard, 34, ketika ini masih belum menerima tawaran kontrak baharu bersama Chelsea dan dia dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke China pada musim depan dan mungkin dia ingin bersama bekas penjaga gol Spurs, Ian Walker yang kini melatih Shanghai Shenhua.
Walker secara terbuka mengkritik kesukaran untuk memulakan kehidupan baharu di China dengan perbezaan cara hidup, budaya dan makanan.
"Perkara paling merumitkan adalah makanan. Saya masih belum dihidangkan dengan menu anjing lagi. Mereka berkata tidak akan berbuat demikian, namun saya beberapa kali dihidangkan dengan burger yang sangat meragukan.
"Saya menghabiskan masa duduk di rumah. Saya bertuah kerana dapat duduk di rumah sambil menonton televisyen walaupun hanya terdapat satu saluran sukan," kata Walker. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my