Memaparkan catatan dengan label Carlo Ancelotti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Carlo Ancelotti. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2013

Gol Ronaldo penyelamat

Berita Harian
 
Pertahanan Elche berasa mereka seperti kena rompak

Madrid: Cristiano Ronaldo menyumbat dua gol pada babak kedua untuk membantu Real Madrid mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Elche pada aksi Liga Sepanyol di gelanggang lawan, awal pagi semalam.

Gol pendahuluan Real hadir pada minit ke-50 menerusi sepakan percuma Ronaldo sebelum penyerang pinjaman dari Juventus, Richmond Boakye menyamakan kedudukan buat Elche pada minit pertama masa kecederaan.
Namun seminit kemudian Real dianugerahkan sepakan penalti kontroversi yang diberi pengadil selepas Pepe dikasari pemain Elche, Carlos Sanchez di dalam kotak penalti sewaktu sepakan percuma.



Sepakan penalti

Ronaldo yang mengambil sepakan penalti itu mudah menyempurnakannya untuk gol kemenangan Real.

“Kami perlu realistik tetapi dua gol mereka itu daripada dua tindakan yang pada pandangan saya sepatutnya tidak menghukum kami. Seharusnya kami harus mendapat seri dengan pasukan cukup hebat ini, saya berasakan kami seperti dirompak,” kata pemain pertahanan Elche, Eduardo Albacar.
Sementara itu, jurulatih Real, Carlo Ancelotti berkata: “Sukar untuk komen kerana kedudukan saya di bangku simpanan tidak begitu baik. Tapi saya bertanya kepada Pepe, katanya itu memang penalti.” - AP

Isnin, 22 Julai 2013

Ancelotti: Tiada masalah tambat Ronaldo



 
Madrid: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti percaya usaha untuk mengekalkan bintang sensasi kelab itu, Cristiano Ronaldo bukan satu masalah besar.

Ronaldo sehingga kini masih belum memperbaharui kontrak tiga tahunnya di Santiago Bernabue tetapi Ancelotti yakin bekas bintang Manchester United itu akan kekal menyarung jersi Real.
“Semua orang tahu dia seorang pemain hebat dan mencetuskan fenomena.


“Memperbaharui kontraknya bukan tugas saya tetapi ia tidak akan menjadi masalah. Saya fikir secara dasarnya, suasana dalam pasukan sangat baik,” kata Ancelotti sejurus tamat sesi latihan kelab itu.

Ibrahimovic, Bale hebat

Pengendali kelahiran Itali itu bagaimanapun enggan bercakap mengenai potensi Real untuk membawa masuk mana-mana pemain baru bagi mengharungi saingan musim depan.

Ditanya mengenai kemungkinan Gareth Bale dibawa masuk daripada Tottenham Hotspur atau penyerang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovich, Ancelotti berkata: “Saya tidak boleh bercakap mengenai pemain yang bukan milik Real.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai Bale. Semua orang tahu kehebatannya sebagai seorang pemain tetapi sebagai menghormati semua yang berada di sini, saya tidak mahu bercakap mengenainya.

“Ibrahimovic pula seorang pemain yang hebat, dia boleh beraksi di mana-mana di dunia ini tetapi hari ini dia bukan pemain Real,” kata Ancelotti. - AFP 
 
Berita Harian

Selasa, 25 Jun 2013

Benitez kritik Mourinho



BENITEZ (kiri) menuduh Mourinho menuduh sebagai pengurus yang tidak mempunyai perasaan dan sanggup bersikap kurang ajar dalam usaha memburu kemenangan kelmarin.


LONDON - Pengurus Napoli, Rafael Benitez cuba membangkitkan semula persengketaan lama dengan Jose Mourinho.

Benitez yang mengakhiri kariernya selaku pengurus sementara Chelsea menuduh pengurus kelahiran Portugal itu tidak mempunyai perasaan dan sanggup bersikap kurang ajar dalam usaha memburu kemenangan.

Benitez yang membantu Chelsea memenangi trofi Liga Europa musim lalu mengeluarkan kenyataan itu dalam satu temu bual di Sepanyol kelmarin.

"Saya tidak tahu apa yang Mourinho buat tetapi saya tahu apa yang saya lakukan. Saya sentiasa mahukan kemenangan tanpa bertindak di luar batasan semangat kesukanan.

"Memang benar saya akan berbaik dengan beberapa jurulatih berbanding dengan yang lain dan saya juga akan bermusuhan dengan mereka yang terlalu mahukan kejayaan tanpa sebarang had.

"Saya menyertai akademi Real Madrid ketika berusia 13 tahun dan saya belajar banyak perkara di sana. Saya diajar supaya menunjukkan rasa hormat dan menjaga maruah diri di hadapan pihak lawan tidak kira kami menang atau kalah," kata Benitez.

Ketika diminta mengulas mengenai bulan terakhirnya di Stamford Bridge meskipun spekulasi tentang Mourinho yang akan menggantikan tempatnya, bekas pengurus Liverpool itu berkata, beliau tetap memberi fokus terhadap tugasnya dengan membantu skuad The Blues menjuarai Liga Europa.

"Semua orang di Chelsea tahu Mourinho akan datang semula hujung musim tersebut.
"Namun, ia tidak mematahkan semangat dan cita-cita saya untuk mencapai objektif kami. Kami telah memenangi trofi Liga Europa. Ia membuktikan komitmen saya terhadap pasukan itu," katanya. 

Sepanjang tiga tahun bersama Real sebelum meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu untuk kembali membimbing Chelsea akhir musim lalu, Mourinho sering menjadi sasaran kritikan pihak media kerana melanggar nilai-nilai yang murni.

Sementara itu, Benitez yakin Carlo Ancelotti merupakan calon yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Mourinho di Real. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ancelotti pilihan Real

MADRID - Jurulatih kelahiran Itali, Carlo Ancelotti akhirnya dilantik sebagai pengurus baharu skuad gergasi Sepanyol, Real Madrid untuk tempoh tiga tahun bermula semalam.

"Ancelotti akan menjadi jurulatih Real musim depan.

"Pengalaman, kejayaan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam diri Ancelotti menyebabkannya tiba di ibu kota negara Sepanyol ini selepas setahun beliau mengendalikan pasukan di Perancis," menurut satu kenyataan dalam laman web kelab Liga Sepanyol itu.

Menurut laporan tersebut, Ancelotti akan membuat perjumpaan rasmi dengan pihak media bagi mengumumkan perkara tersebut hari ini.

Dalam pada itu, tempat Ancelotti, 54, di Paris Saint-Germain juga sudah ada pengganti apabila kelab Perancis tersebut mengumumkan bahawa Laurent Blanc bakal menerajui PSG musim depan.

Pengumuman Real itu menamatkan teka-teki berhubung pengganti kerusi panas yang ditinggalkan Jose Mourinho yang telah membuat pengumuman meninggalkan kelab itu pada 20 Mei lepas.

Bagaimanapun, kehadiran bekas pengurus Juventus, AC Milan dan Chelsea itu ke Madrid sangat dialu-alukan presiden kelab, Florentino Perez yang telah lama mengidam untuk membawanya ke kelab itu.

"Dia (Ancelotti) telah memenangi pelbagai trofi dalam karier antaranya dua Liga Juara-Juara, dua (Piala Super Eropah), satu (Piala Kelab Dunia) dan satu (Piala Intertoto) selain memenangi kejuaraan liga dengan tiga negara berbeza seperti Itali, England dan Perancis.

"Beliau juga sudah biasa dengan tekanan serta bijak dalam mengurus kelab-kelab besar," menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, Ancelotti juga perlu merubah senario yang melanda Real di bawah kendalian Mourinho yang banyak bertelagah dengan pemain-pemain senior musim lalu.

Rekod cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara merupakan faktor utama yang menarik Perez untuk membawa Ancelotti ke Stadium Santiago Bernabeu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my