Memaparkan catatan dengan label Uruguay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Uruguay. Papar semua catatan

Khamis, 27 Jun 2013

Brazil ke final singkir Uruguay 2-1

Paulinho (kiri) menjaringkan gol Brazil ketika menentang Uruguay pada separuh akhir Piala Konfederasi di Belo Horizonte, Brazil, semalam. - AFP 
 
BELO HORIZONTE, Brazil - Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi semalam memberi isyarat kepada penyokong Brazil bahawa pasukan mereka mampu melakar kecemerlangan pada Piala Dunia di tempat sendiri tahun depan, kata jurulatih, Luis Felipe Scolari. 

Brazil, juara Piala Dunia lima kali menepati sasaran awal dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Uruguay 2-1 pada separuh akhir. 

Tandukan pemain tengah, Paulinho membawa Brazil ke perlawanan akhir.
Sebelum itu Fred meletakan Brazil mendahului dua minit sebelum rehat menerusi percubaan jarak dekat.

Diego Forlan terlepas peluang meletakan Uruguay mendahului apabila gagal menyempurnakan penalti.

Edinson Cavani menyamakan kedudukan buat Uruguay menerusi jaringan tiga minit selepas rehat sebelum Paulinho melakukan tandukan yang memberikan jaringan kemenangan buat Brazil.

"Kami mencapai sasaran awal sebaik sahaja melepasi peringkat kumpulan, memasuki perlawanan akhir dan memberi semangat buat pemain untuk bersatu dengan peminat. Kejayaan kami meyakinkan penyokong bahawa kita memiliki sebuah pasukan yang bagus untuk melangkah ke final Piala Dunia.

"Ini yang saya mahu pemain-pemain kami mahu lakukan (meyakinkan peminat) dan kami hanya boleh buat begitu dengan berjaya memenangi perlawanan. Jadi, kami sudah mencapai objektif awal, sekarang objektif seterusnya adalah memenangi perlawanan akhir," kata Scolari. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 16 Jun 2013

Suarez sudah sedia ubah haluan



SUAREZ sering dibelenggu kontroversi sejak menyarung jersi Liverpool.



LONDON - Luis Suarez mahu Liverpool mendengar dahulu tawaran mana-mana kelab termasuk daripada dua gergasi Sepanyol, Barcelona atau Real Madrid yang mungkin berhasrat melamarnya musim depan.

Penyerang kontroversi kelahiran Uruguay itu dilapor bersedia meninggalkan kancah Liga Perdana England apabila mendakwa sering menjadi mangsa laporan akhbar di Britain sebelum ini.

Biarpun masih memiliki kontrak bersama The Reds, Suarez tidak menolak kemungkinan bakal meninggalkan Anfield dan mahu hasratnya itu dipersetujui kelab.

Bakal diketepikan pada permulaan musim gara-gara digantung 10 perlawanan kerana menggigit tonggak Chelsea, Barislav Ivanovic dalam aksi liga musim lalu juga seolah-olah cuba dijadikan alasan oleh Suarez untuk menyertai Real.

"Saya masih memiliki kontrak bersama Liverpool, tetapi jika suatu hari nanti saya mahu menyertai kelab lain, mereka perlu mendengar tawaran itu terlebih dahulu.

"Liverpool perlu mendengar pendapat mana-mana pemain termasuk saya.
"Sudah tentu saya teruja menyertai mana-mana kelab seperti Real Madrid dan Barcelona," kata Suarez.

Pada masa sama, Suarez juga mengakui terharu dengan sokongan penyokong The Reds biarpun sering diselubungi kontroversi termasuk didapati bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap tonggak pertahanan Manchester United, Patrice Evra sebelum ini.
"Saya tidak akan melupakan segala-galanya di Liverpool. Sokongan penyokong terhadap saya cukup istimewa," katanya.

Dalam pada itu, Suarez juga mempertahankan karakternya di atas padang.
"Saya memang beraksi begini sejak kanak-kanak lagi.

"Mungkin saya memprotes agak melampau terhadap pengadil, tetapi itu sesuatu yang boleh diperbaiki," kata Suarez. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 5 Jun 2013

Suarez bantu Uruguay kalahkan Perancis


 

MONTEVIDEO 6 Jun - Luis Suarez yang diturunkan selaku pemain gantian menjaringkan gol tunggal untuk membantu Uruguay menewaskan Perancis 1-0 dalam aksi persahabatan di Centenario.

Suarez yang diturunkan pada babak kedua permainan menggantikan Diego Forlan menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-49. - Agensi