Memaparkan catatan dengan label Thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thailand. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2013

AMUK HARIMAU!


Oleh Syed Riduan Ahmad 
gambar sebelum  gambar berikut
Foto Pemain Harimau Muda meraikan gol pertama jaringan Mohamad Nasir Basharuddin pada saingan teakhir peringkat kumpulan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Menampilkan hanya empat pemain daripada kesebelasan utama sebelum ini, skuad bawah 23 negara tetap ampuh ketika menewaskan Thailand 3-0 pada perlawanan ketiga Pestabola Merdeka di Stadium Darulmakmur di sini malam tadi, untuk mengekalkan rekod kemenangan saingan awal.

Kemenangan itu membuktikan betapa semua pemain dalam skuad kendalian Ong Kim Swee itu mampu diturunkan pada bila-bila masa.
“Malam ini (tadi) ramai yang beraksi buat kali pertama dan ini membuktikan mereka semua bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa,” kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.


Pemain berkualiti

“Pemain kita bersungguh memburu kemenangan malam ini (malam tadi) kerana mahu merebut tempat dalam skuad Sukan SEA yang hanya terhad kepada 20 pemain.

Sudah tentu saya sukar untuk saya membuat pilihan tetapi saya mahu persaingan sihat ini diteruskan.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Selasa, 10 September 2013

Thailand sedia patah taring Harimau

 
 

‘Kami akan kekal corak permainan dan cuba dahului tuan rumah’

Oleh Syed Riduan Ahmad smriduan@bh.com.my


Kuantan: Thailand bertekad untuk memastikan rentak kemenangan tuan rumah terhenti apabila bertemu mereka pada perlawanan ketiga Pestabola Merdeka di Stadium Darulmakmur hari ini.

Selepas melihat peningkatan prestasi Malaysia ketika membenam Myanmar 2-1 kelmarin, pengendali Thailand Kairung Threejagsang sedar banyak yang perlu diperbaikinya menjelang pertemuan penting itu nanti.

Serangan balas

“Kami akan mengekalkan corak permainan kami dan cuba mengulangi apa yang dilakukan Myanmar ketika mendahului Malaysia menerusi serangan balas,” kata Threejagsang.
“Pemain Malaysia begitu mantap di semua bahagian terutama di bahagian sayap, jadi kami perlu lebih berhati-hati dengan serangan dari bahagian itu.

“Saya sedar memang sukar untuk mengekang pemain tuan rumah, tetapi kami akan cuba memberi saingan terbaik untuk mengutip tiga mata daripada perlawanan ini.”
Thailand yang kehilangan tonggak pertahanan, Mahamasabri Awaebuesa tetap yakin mereka mampu mencuri sekurang-kurangnya satu mata lagi untuk mengesahkan tempat ke final.

“Kami mempunyai pemain lain untuk mengisi kekosongan berkenaan, ia bukan satu masalah. Selain daripada itu semua pemain dijangka cergas sepenuhnya menjelang perlawanan esok (hari ini)," katanya.

Sabtu, 7 September 2013

Thailand, Myanmar sekadar kongsi mata

Berita Harian
 
Kuantan: Walaupun permukaan padang tidak seburuk ketika perlawanan antara Malaysia dan Singapura, pengendali Myanmar dan Thailand turut berpendapat permainan kedua-dua pasukan malam tadi pasti bertambah baik sekiranya keadaan padang lebih baik.

Padang licin
"Sekiranya permukaan padang tidak licin pasti corak permainan lebih baik dan mungkin kita akan menyaksikan tambahan gol," kata pengurus pasukan Myanmar yang mewakili jurulatihnya, Park Sung Hwa.


Thailand dan Myanmar sekadar seri 1-1 selepas masing-masing menjaringkan gol pada babak pertama.

Chayawat Srinawong membuka jaringan untuk Thailand seawal minit kelapan tetapi Myanmar tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi kaptennya, Kyaw Zayar Win empat minit kemudian.

Kongsi mata

Namun selepas kedua-dua gol berkenaan, masing-masing gagal menambah jaringan untuk sekadar berkongsi satu masa.
Keputusann itu meletakkan Malaysia kini di tangga teratas dan kemenangan kedua selepas menewaskan Singapura 1-0 akan mengesahkan tempat ke final.

Sabtu, 13 Julai 2013

United hantar Rooney pulang



TINGGAL REPLIKA...Beberapa wanita Thailand kempunan kerana hanya dapat bergambar dengan patung Rooney sahaja semalam apabila pemain itu dihantar pulang oleh United beberapa jam selepas tiba di Bangkok, Thaiand.


LONDON - Wayne Rooney terpaksa menempuh penerbangan selama 22 jam pergi dan balik selepas terpaksa dihantar pulang daripada menyertai Jelajah Asia Manchester United.

Penyerang England itu baharu beberapa jam tiba di Bangkok dan terus menjalani latihan sebelum ditimpa kecederaan hamstring yang menyebabkan dia terpaksa dihantar pulang.

Meskipun kelab juara Liga Perdana England itu menegaskan Rooney hanya cedera ringan, United tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantarnya pulang untuk menerima rawatan.
United mengeluarkan kenyataan bahawa penyerangnya itu mungkin terpaksa berehat selama sebulan, namun apa yang anehnya, Rooney kemudian tampil menjelaskan keadaannya bukan sesuatu yang membimbangkan.

Bintang The Red Devils itu menulis dalam laman sosial Facebook: "Sedih sekali kerana mengalami kecederaan kecil tatkala sesi latihan berjalan dengan baik sekali.

"Sekarang terpaksa pulang semula ke Manchester untuk menjalani rawatan, tetapi tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan."

Selepas menempuh penerbangan selama 16 jam ke Thailand dan menjalani satu sesi latihan, Rooney terpaksa menuju semula ke lapangan terbang untuk menempuh 11 jam lagi penerbangan pulang.
Situasi ini mula mencetuskan pelbagai teori, terutamanya mengenai masa depan Rooney yang semakin tidak menentu di Old Trafford.

United dalam kenyataannya menjelaskan: "Selepas menjalani imbasan terhadap masalah hamstring yang dialaminya ketika latihan, kami memutuskan bahawa Wayne perlu dihantar pulang dengan segera bagi mendapatkan rawatan lanjut. Dia dijangka berehat selama sebulan."

Meskipun pengurus baharu United, David Moyes menegaskan Rooney tidak akan dijual, pemain itu sendiri bagaimanapun masih belum membuat pendiriannya terhadap masa depannya di Old Trafford.
Ketika ini Arsenal, Chelsea, Real Madrid dan Paris Saint-Germain sedang memantau perkembangan Rooney dan ironinya, The Blues turut tiba di Bangkok pada hari semalam. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Sabtu, 22 Disember 2012

Piala Suzuki AFF: Thailand yakin balas dendam- Berita Harian

 
Bangkok: Thailand yakin mampu bangkit di laman sendiri tatkala Singapura mahu fokus mengekalkan kelebihan defisit dua gol menjelang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai, malam ini.

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer tidak gusar dengan kekalahan 3-1 kepada Singapura pada aksi final pertama di Stadium Jalan Besar, Rabu lalu, sebaliknya yakin anak buahnya mampu mendapatkan sekurang-kurangnya dua gol untuk menjulang trofi buat kali keempat di depan penyokong sendiri.
Duric waspada




“Apa yang lebih penting ketika ini, pemain perlu fokus pada baki 90 minit. Mungkin kami mampu mengubah suasana perlawanan dan saya cukup yakin pemain boleh bangkit untuk mendapatkan keputusan baik,” kata Schafer penuh yakin semalam.

Namun, Schafer tidak dapat menurunkan pemain tengah, Anucha Kitpongsri yang mengalami kecederaan pangkal paha, Rabu lalu tetapi kapten, Panupong Wongsa dijangka kembali cergas untuk mengetuai barisan Thailand, malam ini selepas diusung keluar pada babak pertama, Rabu lalu.

Sementara itu, penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric enggan menganggap mereka sudah sebelah tangan menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali keempat.
“Sudah tentu kemenangan 3-1 agak selesa tetapi ia hanyalah keputusan separuh jalan. Thailand masih memiliki peluang kedua dan saya pasti mereka mahu memanfaatkannya. Bagi kami adalah penting untuk tenang, fokus dan terus bekerja keras sepanjang aksi final kedua ini,” tegas Duric.