LONDON - Manchester United mahukan Frank Lampard dan bintang Chelsea itu bersedia untuk perpindahan ke Old Trafford.
Lampard dimaklumkan bahawa dia tidak lagi diperlukan di Stamford Bridge, ketika kontraknya bakal berakhir pada musim panas ini.
Akhbar The Sun United Kingdom melaporkan, pengurus United,
Alex Ferguson yakin pemain tengah veteran berusia 34 tahun itu masih
mampu beraksi pada tahap tertinggi.
Fergie merupakan peminat pemain itu dan pernah cuba mendapatkan Lampard sebelum pemain itu menyertai Chelsea.
Namun perpindahan tersebut tidak mungkin berlaku bulan ini kerana ia
melibatkan yuran perpindahan apatah lagi Lampard mahu menamatkan
kontraknya di Stamford Bridge sehingga hujung musim ini terlebih dahulu.
United bersedia untuk menawarkan Lampard kontrak setahun pada musim
panas nanti dengan perjanjian kontrak akan disambung jika semuanya
berjalan baik.
Kontrak telah pun dibuat oleh kelab di Old Trafford itu dan diserahkan kepada wakil Lampard.
Lampard kini mempunyai mempunyai beberapa pilihan termasuk terus
beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan dua tawaran daripada kelab luar
England.
Namun United menjadi pilihan utama yang akan mengemukakan kontrak. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan