MELIHATKAN minat yang begitu mendalam terhadap motosikal berkuasa
tinggi, Zizan Razak kini menukar kerjaya daripada seorang selebriti
kepada pomen motosikal yang bekerja di sebuah bengkel milik sepupunya.
Itulah yang diberitahu Zizan kepada .com ketika ditemui dalam majlis
pelancaran filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Tayangan Unggul Sdn.
Bhd. yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur Bike Week 2012.
Menurut Zizan, dia memegang watak sebagai Bidin Al Zaifa dan itulah
sedikit sebanyak watak terbaharunya dalam filem Bikers Kental yang bakal
ditayangkan tidak lama lagi.
Dalam filem itu, peminat Zizan boleh melihat dirinya mengembara ke
Krabi, Hatyai dan Sadao di Thailand serta memenuhi impian memiliki
motosikal Aprilia RSV4, selain berkonvoi bersama geng motosikal Eddie
(Awie) yang merupakan salah seorang pelanggannya.
Bagi mereka yang ingin mengetahui cerita ini lebih lanjut, apa kata
kamu tonton sahaja wayang ini di panggung untuk melihat kesudahan cerita
yang bakal terjawab dalam filem Bikers Kental yang bakal ditayangkan
pada pertengahan tahun 2013.
Bercerita mengenai kehidupannya kini, dia selesa dengan program yang
disertainya seperti rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 yang sedang
berlangsung kini.
Dia bersama Johan yang merupakan rakan baiknya dalam program Raja
Lawak memberikan banyak impak dan peminat yang menyokongnya sehingga
berada di tempat pertama sehingga minggu yang ketujuh.
Kelibatnya dan Johan bagaikan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan
kerana keserasian mereka membuat lawak bukan sahaja diminati penyokong
di negara ini, malahan di seberang tambak, Singapura.
Peminat dan selebriti memerlukan di antara satu sama lain. Bagi
peminat kumpulan Jozan dalam program Maharaja Lawak Mega, jangan lupa
mengundi kami," katanya. - SYAHRIL/SAFIAYANA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan