Gareth Bale
LONDON - Gareth Bale mengucapkan 'selamat tinggal' kepada rakan
sepasukannya di Tottenham dengan penuh emosi semalam dengan
menandatangani autograf pada jersi sebelum skuad Andre Villas-Boas
berlepas ke Monte Carlo untuk aksi persahabatan menentang Monaco.
Tottenham ke Monte Carlo tanpa membawa Bale, yang mengalami
kecederaan kepala ketika pemain itu dikhabarkan diambang untuk menyertai
Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal di dunia.
Bale juga mungkin terlepas aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan
Wales yang akan menentang Ireland pada 14 Ogos ini kerana kecederaan.
Ketika Bale berusaha untuk mengembalikan kecergasannya, pengerusi
Tottenham, Daniel Levy akan bersemuka dengan Presiden Real, Florentino
Perez untuk membincangkan perpindahan Bale.
Real bersungguh-sungguh untuk melihat Bale beraksi di Bernabeu
menjelang aksi pembukaan mereka menentang Real Betis pada 18 Ogos ini.
Pemain berusia 24 tahun itu mungkin menjadi pemain termahal di dunia
mengatasi rekod yang dipegang Cristiano Ronaldo, yang berpindah dari
Manchester United ke Real dengan bayaran 94 juta euro (RM406 juta) pada
2009.
Levy dikatakan hanya menerima bidaan melepasi 105 euro (RM454 juta) untuk Bale. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan