WASHINGTON - Jaringan pada babak kedua oleh
Frank Lampard dan Romelu Lukaku menjulang Chelsea dengan kemenangan 2-1
ke atas Roma dalam aksi persahabatan di Stadium RFK Stadium, semalam.
Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk memberikan Chelsea
kemenangan dalam aksi persahabatan terakhir sebelum Liga Perdana
Inggeris memulakan saingan hujung minggu ini.
Pemain veteran, Lampard menyamakan kedudukan buat skuad Blues pada minit ke-60 selepas Roma mendahului pada minit ke-20 menerusi Eric Lamela.
Chelsea mempamer permainan pantas pada awal perlawanan dan penjaga
gol Roma, Morgan de Sanctis berjaya menafikan jaringan awal pada minit
kedua menerusi voli Michael Essien.
Roma mendahului pada minit ke-20 akibat kesilapan penjaga gol
Chelsea, Mark Schwarzer yang gagal mengawal keadaan ketika bola dihantar
kepadanya yang membuka ruang Eric Lamela mencuri gol.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho melakukan enam pertukaran pada babak pertama dan ini membolehkan Blues terus memberi tekanan kepada Roma.
Kemenangan itu mengakhiri empat perlawanan Chelsea sepanjang siri jelajah pramusim di Amerika Syarikat.
Chelsea mengalahkan AC Milan dan Inter Milan 2-0 namun kalah 1-3 kepada Real Madrid.
Ia merupakan kali kedua Mourinho membimbing Chelsea selepas kejayaan Blues dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2005 dan 2006. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan