Jumaat, 9 Ogos 2013

Saha ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak




LONDON - Louis Saha (gambar) mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-35 semalam.

Penyerang kelahiran Perancis itu pernah mengalami musim sensasi bersama kelab Liga Perdana England seperti Newcastle United, Fulham, Manchester United, Everton, Tottenham Hotspur dan Sunderland.

"Saya membuat keputusan untuk bersara dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain muda.
"Saya harap mereka gembira bermain bola sepak seperti mana saya selama ini," kata Saha menerusi Twitter peribadinya semalam.

Saha yang mula beraksi sebagai pemain pinjaman Newcastle pada 1998 berhijrah dari satu kelab ke satu kelab sebelum mengakhiri kariernya bersama Sunderland musim lalu.

Dia dilihat cukup menyinar semasa beraksi bersama United pada 2004 dan ia diakui bekas rakan sepasukannya di Old Trafford, Wayne Rooney.

"Saha merupakan gandingan terbaik saya setakat ini kerana mampu memberikan ruang kepada penyerang lain menjaringkan gol meskipun dia bertindak sebagai penyerang," kata Rooney.

Saha berjaya menjaringkan empat gol sepanjang 20 penampilan bersama skuad antarabangsa Perancis. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan