Memaparkan catatan dengan label Myammar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Myammar. Papar semua catatan

Ahad, 15 September 2013

'Harimau Muda memang ada kelas'



HARIMAU Muda memang berhak bergelar juara selepas mempamerkan aksi konsisnten sepanjang Pestabola Merdeka 2013 yang berakhir di Kuantan kelmarin.


SKUAD Harimau Muda sememangnya tampil pada Pestabola Merdeka 2013 ini dengan perwatakan selaku juara.

Demikian tegas pengurus pasukan Myanmar, Tin Myint Aung selepas menyaksikan pasukannya tewas 0-2 kepada Malaysia pada perlawanan akhir yang disaksikan lebih 35,000 penyokong di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam kelmarin.

Kata Myint Aung, mereka tewas kepada sebuah pasukan yang hebat serta menampilkan aksi konsisten sepanjang kejohanan edisi ke-41 ini.
"Kami menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Kami tewas kepada sebuah pasukan yang sangat sempurna.
"Dalam aksi final tadi (kelmarin), jentera serangan kami gagal membuat penyudahan sempurna walaupun bahagian tengah telah berfungsi agak baik.

"Bagaimanapun, kekalahan ini tidak sesekali mematahkan semangat juang para pemain kami malah kami akan bangkit dalam saingan Sukan SEA di negara kami Disember nanti.

"Saya melihat kekuatan utama pasukan Malaysia adalah keutuhan benteng pertahanan mereka ditambah dengan taktikal yang sangat menarik.

"Apa pun, saya mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia kerana muncul juara Pestabola Merdeka ini dan semoga kita akan berjumpa lagi di di Sukan SEA Myanmar nanti," katanya.

Secara keseluruhan, Myint Aung merumuskan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan para pemain mudanya pada kejohanan ini namun masih banyak perkara yang perlu digilap sekembalinya mereka ke Myanmar nanti.

Kata pengurus yang meminati corak permainan pemain sayap Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim itu, seperti negara-negara lain yang menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan besar, pastinya tekanan memihak kepada mereka untuk menampilkan permainan berkualiti dan paling penting untuk keluar sebagai juara.

"Oleh itu, dalam tempoh beberapa bulan yang tinggal ini, kami akan memperkemaskan segala kelonggaran serta akan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

"Pada awal bulan depan kami akan terbang ke Korea Selatan dan Jepun untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab di sana dan selepas itu kami akan mempersiapkan diri sepenuhnya sebelum Sukan SEA bermula," kata Myint Aung.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 11 September 2013

Myanmar akur Malaysia kebal

Oleh Khairil S Iswan Berita Harian
 
Temerloh: Sebaik saja sah melangkah ke final Pestabola Merdeka, Myanmar mula bermain psikologi apabila meletakkan tekanan kepada Malaysia yang beraksi di laman sendiri.

Myanmar menempah tiket sukar ke final selepas menundukkan Singapura 2-0, jaringan Phyo Ko Ko (minit ke-15) dan So Kyaw-Kyaw (m-89) dengan mengharapkan Malaysia menewaskan Thailand dan mara menerusi kelebihan jaringan.
"Mereka akan mendapat tekanan yang lebih kerana beraksi di laman sendiri dan perlu melakukan yang terbaik di depan penonton sendiri," kata pengurus pasukan Myanmar, Myint Aung.


"Apapun, kami turut berterima kasih kepada Malaysia kerana menewaskan Thailand. Kami akan bermain sebaik mungkin pada final nanti kerana dalam bola sepak, kita tidak siapa boleh menduga. Kita hanya boleh lakukan yang terbaik.

"Malaysia mempunyai pasukan yang memiliki permainan teknikal yang cukup baik jadi kami akan pastikan semua pemain bersedia dan bersungguh-sungguh di final,” katanya yang menjelaskan Myanmar akan turun dengan barisan terkuat Sabtu ini.

Kali terakhir Myanmar menjuarai Pestabola adalah pada 2006 dengan menewaskan Indonesia 2-1 di final.

Bagi Singapura, kekalahan kali ketiga berturut-turut tidak menjejaskan perancangan mereka bagi menghadapi temasya Sukan SEA Disember ini.
Skuad Singapura tempang

Penolong jurulatih, K Balagumaran berkata skuad yang dimiliki Singapura pada temasya kali ini tempang tanpa khidmat beberapa pemain utama yang terpaksa beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Kami kehilangan tujuh pemain utama. Bagi saya, pemain sudah memberikan yang terbaik dan ia diharap dapat memberi pendedahan yang baik untuk mereka,” katanya yang menyaksikan Singapura menamatkan kempen peringkat kumpulan tanpa sebarang gol.

Ahad, 8 September 2013

Myanmar risau kelibat dua tonggak negara


JIKA pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee meletakkan trio Myanmar - Kyaw Zayar Win, Kyi Lin dan Kyaw Ko Ko sebagai sasaran utamanya, Myanmar pula khuatir dengan kelibat dua tonggak negara, Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Fadhli Shas.

Pada sidang akhbar semalam, pengurus Myanmar, Tin Myint Aung mengakui betapa Nazmi Faiz yang juga pemain tengah dan Fadhli (pertahanan) mampu menjadi 'duri dalam daging' buat pasukannya malam ini.

Menurut Myint Aung, beliau secara peribadi tetap menghormati anak-anak buah Kim Swee yang dianggap sebagai pasukan pilihan muncul juara pada Pestabola Merdeka kali ini walaupun Myanmar pernah membenam Harimau Muda 2-1 pada aksi kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun lalu.

"Dua pemain Malaysia, No. 21 (Nazmi Faiz) dan No. 4 (Fadhli) beraksi sangat baik pada perlawanan menentang Singapura semalam (kelmarin).

"No. 21 saya lihat sangat kreatif serta banyak membuat hantaran-hantaran tepat walaupun dia bertubuh kecil serta hanya dimasukkan pada separuh masa kedua. Kemasukannya dilihat banyak merubah corak serangan Malaysia.

"Pemain No. 4 pula sangat tenang mengemudi benteng pertahanan pasukan Malaysia dan dia juga sangat pantas.

"Jadi kedua-dua pemain itu saya anggap sebagai nadi kekuatan Malaysia," jelas Myint Aung.

Myint Aung berkata, walaupun para pemainnya agak keletihan selain dua tonggak mengalami kecederaan dalam aksi menentang Thailand kelmarin, namun motivasi mereka tetap tinggi untuk turun bertemu Harimau Muda.

"Saya telah memberitahu para pemain supaya memberikan persembahan lebih baik ketika menentang Malaysia esok (malam ini).

"Jadi saya berharap kami mampu untuk melakukan kejutan walaupun Malaysia sudah pasti lebih bersemangat selepas menewaskan Singapura," katanya.

Ketika aksi menentang Thailand kelmarin, Zayar Win muncul penyelamat Myanmar apabila menjaringkan gol penyamaan bagi memadam jaringan awal penyerang Thailand, Chayawat Srinawong.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

'Bukan misi dendam'

Oleh Syed Riduan Ahmad 
'Bukan misi dendam'  
Kim Swee sedang memantau latihan anak didik menjelang pertemuan dengan Myanmar malam ini.
 
Kuantan: ONG Kim Swee pantas menepis betapa pertembungan Malaysia menentang Myanmar bukan ‘misi membalas dendam’ tetapi menuntut anak didik turun ke gelanggang malam ini ‘tunjuk taring’ dan mendapatkan keputusan positif.

Skuad Harimau Muda A akan berdepan lawan liat dalam saingan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, di sini ketika menyedari ada peluang cerah merebut tiket ke final edisi kali ini walaupun akur kekuatan kedua-dua pasukan hampir sama.
Lebih penting, percaturan taktikal dan strategi jurulatih memainkan peranan cukup penting dan ketua jurulatih, Kim Swee mengulangi ia bukan misi balas dendam sebaliknya membuktikan skuad negara jauh lebih hebat daripada Myanmar.


“Saya tidak percaya dengan dendam kerana itu bukan satu perkara yang baik. Sebaliknya kami perlu belajar daripada kekalahan dan memperbaiki kelemahan untuk mendapatkan keputusan positif,” kata Kim Swee.

Semangat luar biasa

“Kita ada mempunyai rehat sehari dan saya perlu meneliti beberapa aspek sebelum menyenaraikan pemain untuk perlawanan esok (hari ini). Mungkin beberapa perubahan daripada segi taktikal diperlukan dan persediaan jika keadaan cuaca tidak berubah.

“Saya juga berharap penyokong tempatan dapat memberi sokongan padu kerana kita memerlukan kelebihan ini untuk memastikan pemain mendapat suntikan semangat luar biasa dalam memburu kemenangan ke atas Myanmar.”
Kim Swee turut memuji kesetiaan Ultras Malaya yang begitu setia memberikan sokongan ketika kemenangan 1-0 ke atas Singapura dan berharap sokongan berterusan diberikan sehingga tamat kejohanan.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Sabtu, 7 September 2013

Thailand, Myanmar sekadar kongsi mata

Berita Harian
 
Kuantan: Walaupun permukaan padang tidak seburuk ketika perlawanan antara Malaysia dan Singapura, pengendali Myanmar dan Thailand turut berpendapat permainan kedua-dua pasukan malam tadi pasti bertambah baik sekiranya keadaan padang lebih baik.

Padang licin
"Sekiranya permukaan padang tidak licin pasti corak permainan lebih baik dan mungkin kita akan menyaksikan tambahan gol," kata pengurus pasukan Myanmar yang mewakili jurulatihnya, Park Sung Hwa.


Thailand dan Myanmar sekadar seri 1-1 selepas masing-masing menjaringkan gol pada babak pertama.

Chayawat Srinawong membuka jaringan untuk Thailand seawal minit kelapan tetapi Myanmar tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi kaptennya, Kyaw Zayar Win empat minit kemudian.

Kongsi mata

Namun selepas kedua-dua gol berkenaan, masing-masing gagal menambah jaringan untuk sekadar berkongsi satu masa.
Keputusann itu meletakkan Malaysia kini di tangga teratas dan kemenangan kedua selepas menewaskan Singapura 1-0 akan mengesahkan tempat ke final.