Rabu, 11 September 2013

Ozil bakal 'meletup' - Fabregas


KEHADIRAN Ozil mampu menjulang Arsenal musim ini terutama kepada kepakarannya dalam menguasai bola serta melakukan hantaran tepat di atas padang.


LONDON - Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas meramalkan pemain baharu The Gunners, Mesut Ozil bakal menggegar saingan Liga Perdana England.

Fabregas meninggalkan kelab London Utara itu untuk menyertai Barcelona pada 2011, namun dia masih lagi mengikuti perkembangan kelab lamanya.

Perancang Sepanyol itu percaya saingan dalam Liga Perdana England yang mengamalkan gaya permainan menyerang akan memberi peluang kepada bintang Jerman berharga £42.5 juta (RM218.2 juta) berkenaan untuk menyinar.

Fabregas berkata: "Dia akan seronok dengan suasana dalam Liga Perdana England.

"Ia adalah liga yang membuka lebih banyak ruang kepada strategi menyerang dan jika diberi ruang serta masa, Ozil pasti akan menghukum kamu.

"Seperti yang kita semua lihat ketika dia bersama Real Madrid, kawalan bolanya sangat bijak dan saya percaya dia akan gembira kerana beraksi di England."

Ozil dijangka membuat penampilan pertamanya buat The Gunners apabila menentang Sunderland di Stadium of Light, Sabtu ini. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan