-Kosmo
|
LONDON - Pemain veteran, Ryan Giggs menegaskan bahawa Alex Ferguson
tidak berdepan masalah untuk menggembirakan para pemain Manchester
United.
Giggs menyuarakan kenyataan itu menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA menentang West Ham United di Upton Park awal pagi esok.
Ferguson mengamalkan sistem penggiliran pemain sejak Krismas lalu dan
hanya David de Gea, Patrice Evra, Jonny Evans serta Michael Car- rick
beraksi dalam semua empat perlawanan Liga Perdana England.
Situasi itu membolehkan United mengutip 10 mata untuk mengukuhkan
kedudukan di persada liga dengan kelebihan tujuh mata di depan pencabar
utama, Manchester City.
Selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Wigan Athletic, Selasa lalu,
Ferguson dijangka membuat beberapa lagi pertukaran pemain pada aksi
menentang West Ham.
Pengendali kelahiran Scotland itu memberi bayangan bahawa pemain
tengah Jepun, Shinji Kagawa akan membuat penampilan kedua sebaik pulih
daripada kecederaan lutut yang memaksa dia berehat selama dua bulan.
Giggs, 39, dan seorang lagi pemain veteran, Paul Scholes, 38, kurang diberi peranan musim ini.
Kedua-dua pemain itu hanya beraksi dalam 13 perlawanan liga tahun ini.
Namun, pemain tengah Wales itu tetap dalam perancangan Ferguson.
"Sebagai contohnya, satu situasi yang sukar apabila kamu bersiap
sedia untuk bermain pada perlawanan hari Rabu tetapi kamu tidak
diturunkan. Selepas itu kamu perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan
hari Sabtu," kata Giggs.
"Bagaimanapun, ia hanya satu situasi untuk menguji tahap kecergasan
kamu dan menjadikan kamu lebih hebat. Kamu tidak diturunkan pada aksi
pertengahan minggu apabila kamu diperlukan untuk perlawanan hari Sabtu.
"Kebanyakan pemain berada dalam situasi ini kerana kami adalah sebuah
skuad yang besar dan kamu tidak akan bermain setiap perlawanan.
"Seperti saya dan Scholes. Kami mungkin bermain lebih sedikit
berbanding pemain lain tetapi kami perlu bersiap sedia apabila dipanggil
untuk bermain." - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan