SOUTHAMPTON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meluahkan kekecewaannya selepas skuad The Gunners sekadar seri 1-1 dengan Southampton pada aksi Liga Perdana England di Stadium St Mary's awal pagi semalam.
Wenger yang kecewa dengan aksi tidak konsisten anak-anak buahnya
mengkritik kekuatan mental barisan penyerang selepas mengharapkan gol
sendiri pemain Southampton untuk mencatat keputusan seri.
Keputusan tersebut hadir beberapa hari selepas Arsenal membelasah Newcastle United 7-3, Ahad lalu.
Begitupun, pengendali kelahiran Perancis itu berazam untuk mencari
jalan penyelesaian dalam misi memburu kelompok empat pasukan teratas
tanpa bantuan bekas penyerang, Thierry Henry.
"Kami tidak banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol berbanding
pada aksi sebelum ini. Kami menjaringkan lima gol di Reading dan tujuh
gol di Newcastle.
"Kami gagal mempamerkan aksi yang lebih kemas, tidak pantas dan hilang fokus pada pertemuan ini.
"Sudah tentu, ia sangat mengecewakan dan ia tidak ada kaitan dengan faktor fizikal.
"Ketika menentang pasukan bersemangat seperti Southampton, ia menjadi satu pertemuan yang begitu mendebarkan.
"Pendapat saya, ia lebih kepada ketahanan mental berbanding fizikal dan tiada sebarang alasan dengan keputusan ini.
"Southampton berhak menerima pujian selepas mempamerkan aksi
cemerlang dan kami akan lebih bersedia untuk perlawanan akan datang,"
kata Wenger. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan