|
LONDON - Alex Ferguson berhasrat untuk membimbing Manchester United selama dua tahun lagi.
Ferguson, 71, membuat pendedahan itu selepas skuad The Reds Devils membelasah Wigan Athletic 4-0 pada aksi Liga Perdana England kelmarin.
Pada aksi di Stadium DW itu, penyerang sensasi United, Javier Hernandez dan Robin van Persie masing-masing meledakkan dua gol.
Kenyataan pengendali kelahiran Scotland itu menamatkan spekulasi yang
mendakwa beliau sudah bersedia untuk menyerahkan tugas tersebut kepada
jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho atau bekas pengendali Barcelona,
Pep Guardiola pada musim panas ini.
"Saya berharap untuk mengekalkan jawatan ini sedikit masa lagi. Tidak ada dalam agenda dan saya boleh buktikan kepada kamu.
"Sesuatu yang sangat sukar apabila beberapa nama dikaitkan dengan
jawatan ini dan bola sepak merupakan sesuatu yang tidak boleh diramal.
"Kamu mungkin bercakap mengenai seseorang pengurus muda yang
berpotensi dan mereka akan berada di sini (Old Trafford) dalam tempoh
dua tahun lagi.
"Saya fikir, pengurus terbaik sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
"Guardiola, Mourinho dan David Moyes antara beberapa pengurus yang
berjaya di luar sana dan saya tidak tahu apa perancangan mereka.
"Tiada sesiapa yang tahu di mana mereka dalam tempoh dua tahun lagi," kata Ferguson.
Sementara itu, Ferguson berasa gembira dengan kemenangan United di Wigan.
"Ia merupakan permulaan yang sempurna untuk tahun 2013. Kemenangan
ini memberikan kami kelebihan tujuh mata di kedudukan teratas liga
ketika saingan hanya berbaki 17 perlawanan," katanya.
Ketika ini, United berjaya mengumpul 52 mata manakala dua pencabar
utama, Manchester City dan Tottenham Hotspur masing-masing mengutip 45
serta 39 mata. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan