AKHIRNYA, penyanyi seksi, Beyonce Knowles berjaya menyelesaikan
tuntutan mahkamah bernilai RM311.5 juta(USD$100 juta) bersama sebuah
syarikat permainan video, Gate Five kerana didakwa melanggar perjanjian
aplikasi permainan yang dipanggil 'Starpower: Beyonce'.
Persetujuan untuk pembatalan tuntutan dilakukan oleh kedua-dua pihak
dengan menandatangani perjanjian menolak 'semua tuntutan atau tuntutan
balas' tanpa yuran guaman yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan New
York Jumaat lalu.
Peguam syarikat permainan itu, Peter Gallagher memberitahu New York Post's Page Six bahawa mereka telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik dan menggugurkan segala tuntutan.
"Saya tidak boleh membincangkan terma-terma penyelesaian tetapi semuanya sudah selesai," katanya.
Beyonce, 31, dilaporkan telah membuat tuntutan kepada syarikat
permainan itu pada musim sejuk lalu kerana dia mendakwa bahawa Gate Five
tidak menjaga pembiayaan yang telah mereka janjikan.
Namun demikian, Gate Five membalas makluman pemenang Grammy itu yang
juga isteri kepada rapper, Jay-Z dan mempunyai seorang anak perempuan
berusia 17 bulan, Blue Ivy tidak mengikut perjanjian itu dan bertindak
sesuka hati serta mendakwa mereka kehilangan pelaburan hampir RM21.8
juta (USD$7 juta) dan 70 orang pekerja hilang pekerjaan.
Dalam pada itu, syarat-syarat perjanjian itu tidak didedahkan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan