Khamis, 20 Jun 2013

Beyonce berjaya

AKHIRNYA, penyanyi seksi, Beyonce Knowles berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah bernilai RM311.5 juta(USD$100 juta) bersama sebuah syarikat permainan video, Gate Five kerana didakwa melanggar perjanjian aplikasi permainan yang dipanggil 'Starpower: Beyonce'.

Persetujuan untuk pembatalan tuntutan dilakukan oleh kedua-dua pihak dengan menandatangani perjanjian menolak 'semua tuntutan atau tuntutan balas' tanpa yuran guaman yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan New York Jumaat lalu.

Peguam syarikat permainan itu, Peter Gallagher memberitahu New York Post's Page Six bahawa mereka telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik dan menggugurkan segala tuntutan.
"Saya tidak boleh membincangkan terma-terma penyelesaian tetapi semuanya sudah selesai," katanya.

Beyonce, 31, dilaporkan telah membuat tuntutan kepada syarikat permainan itu pada musim sejuk lalu kerana dia mendakwa bahawa Gate Five tidak menjaga pembiayaan yang telah mereka janjikan.

Namun demikian, Gate Five membalas makluman pemenang Grammy itu yang juga isteri kepada rapper, Jay-Z dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 bulan, Blue Ivy tidak mengikut perjanjian itu dan bertindak sesuka hati serta mendakwa mereka kehilangan pelaburan hampir RM21.8 juta (USD$7 juta) dan 70 orang pekerja hilang pekerjaan.
Dalam pada itu, syarat-syarat perjanjian itu tidak didedahkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan