Sabtu, 22 Jun 2013

Rooney dalam perancangan Ancelotti



ROONEY (kanan) berada dalam perancangan Ancelotti yang bakal dilantik menjadi pengurus Real musim depan.


LONDON - Bakal jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti dilaporkan bersedia untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Rundingan itu bakal diadakan selepas Rooney membuat keputusan untuk meninggalkan Old Trafford.
Kelab gergasi Sepanyol itu sanggup berbelanja besar untuk membawa bintang England itu ke Santiago Bernabeu.

Begitupun, media England difahamkan bahawa Rooney lebih berminat untuk beraksi di bawah bimbingan pengurus baharu Chelsea, Jose Mourinho.

Rooney mahu kekal di England sekiranya dia memilih untuk menamatkan kontraknya selama sembilan tahun bersama United.

Selain Real, Chelsea turut berkemampuan untuk membayar yuran perpindahan bernilai £30 juta (RM149 juta) dan melengkapkan pendapatan mingguan sebanyak £250,000 (RM1.2 juta).

Ancelotti bakal diperkenalkan secara rasmi sebagai pengganti bekas pengendali Real, Mourinho esok.
Beliau akan diberikan tanggungjawab untuk 'memikat' Rooney, Gareth Bale (Tottenham Hostpur), Edinson Cavani (Napoli) dan Luis Suarez (Liverpool) menyertai revolusi baharu Real pada musim depan.

Rooney yang masih memiliki baki kontrak dua tahun, akan mengadakan perbincangan dengan pengurus baharu United, David Moyes selepas pulang daripada bercuti. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan