Rabu, 4 September 2013

Seorang lagi pemain Bolasepak islam menyertai Arsenal

'Wenger berjaya meyakinkan saya'


OZIL (kiri) dan Podolski memegang jersi Arsenal selepas menyelesaikan perpindahan ke kelab itu kelmarin.


BERLIN - Mesut Ozil mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk meninggalkan Real Madrid.
Bagaimanapun, pemain tengah kreatif itu mengubah fikiran selepas menyedari dia berdepan risiko menjadi pemain simpanan dalam skuad The Galaticos.

Ozil, 24, menyaksikan Gareth Bale melengkapkan perpindahan daripada Tottenham Hotspur ke Santiago Bernabeu, Isnin lalu sebelum bersetuju untuk berpindah ke Emirates dengan yuran perpindahan yang dilaporkan berjumlah £42.5 juta (RM217.8 juta).

Perancang Jerman itu berkata, dia bersetuju untuk berpindah selepas mengetahui bahawa dia tidak lagi berada dalam perancangan pengurus baharu Real, Carlo Ancelotti.

"Pada suatu ketika (beberapa hari lalu), saya membuat keputusan untuk kekal di Real tetapi selepas itu saya menyedari bahawa jurulatih dan pengarah kelab tidak lagi menaruh kepercayaan kepada saya.

"Saya adalah seorang pemain yang memerlukan keyakinan itu dan keputusan menyertai Arsenal mungkin mampu mengubah nasib saya. Sebab itu saya membuat keputusan untuk berpindah," kata Ozil yang disiarkan dalam laman web Persatuan Bola Sepak Jerman kelmarin.

Kini, Ozil tidak sabar untuk bergandingan semula dengan rakan senegara, Per Mertesacker dan Lukas Podolski selain bekerjasama dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Jerman.

"Wenger menunjukkan keyakinan kepada saya dan kini, saya berpeluang untuk meneruskan kemajuan sebagai seorang pemain. Saya mahu berada pada tahap terbaik menjelang Piala Dunia 2014.

"Saya bercakap dengannya untuk satu tempoh yang lama dalam telefon dan dia memberitahu saya bagaimana dia fikir bola sepak sepatutnya dimainkan," kata bekas pemain Schalke 04 dan Werder Bremen itu.

Dia dijangka membuat penampilan pertama dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana England menentang Sunderland, 14 September depan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan