Isnin, 30 September 2013

Arsenal waspada aksi pantas Napoli


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada pemainnya agar berwaspada dengan serangan pantas Napoli yang disifatkan cukup berbahaya menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara, hari ini.

Wenger mengetahui serba sedikit mengenai kekuatan lawan ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam Piala Emirates, dan beliau sudah masak dengan taktikal pengurus Napoli, Rafael Benitez yang pernah mengendalikan Chelsea serta Liverpool.

Napoli belum pernah tewas semenjak dibimbing Benitez, yang dilantik pada Mei lalu dan Wenger mengakui bahagian sayap kelab Itali itu adalah ancaman mereka dengan menjadikan Lorenzo Insigne sebagai pemain utama yang perlu diberi perhatian.

''Dia lincah. Walaupun tidak tinggi, namun dia pantas dan bijak menukar corak permainan dari bertahan ke menyerang.

''Dia juga mempunyai skil individu yang tinggi dan tahu mendapatkan posisi yang bersesuaian," ujar Wenger. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan