
GIGGS (kiri) tidak gentar dengan
kepulangan Mourinho sebagai pengurus Chelsea pada kempen Liga Perdana
England yang bermula hujung minggu ini.
LONDON - Pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs melancarkan
perang psikologi menjelang aksi pembukaan Liga Perdana England hujung
minggu ini.
Giggs berkata, dia tidak gentar dengan kepulangan Jose Mourinho sebagai pengurus Chelsea.
Selain itu Giggs mengakui, United langsung tidak bimbang dengan
cabaran Manchester City yang kini sedang sibuk berbelanja besar untuk
memperkuatkan pasukan tersebut.
United yang menjadi juara Liga Perdana England musim lalu dengan
kelebihan 11 mata, membuka kempen Liga Perdana England dengan langkah
kanan apabila menewaskan Wigan Athletic 2-0 pada aksi Piala Perisai
Komuniti, Ahad lalu.
Kini, Giggs berazam mahu membantu pengurus baharu United, David Moyes
menjulang kejuaraan liga selain bertekad untuk mengekalkan trofi Liga
Perdana England di Old Trafford.
Dia menyedari mengenai skuad The Citizens yang berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan itu dan penga- laman Mourinho yang membantu skuad The Blues menjulang trofi Liga Perdana England sebanyak dua kali.
Berbanding dengan dua musuh tradisi yang telah berbelanja sebanyak
keseluruhan sebanyak £100 juta (RM501 juta) itu, United sekadar
menggunakan dana sebanyak £2.4 juta (RM12 juta) bagi mendapatkan khidmat
pemain pertaha- nan muda, Guillermo Varela.
"Sudah tentu kepulangan Mourinho untuk bersama Chelsea dan City yang sedang berbelanja besar tidak akan membimbangkan United.
"Kualiti sudah ada dalam skuad ini. Kami telah membuktikan pada tahun
lalu dan sekali lagi, United akan menunjukkan kemampuan sebenar pada
saingan musim ini.
"Kami telah memenangi liga dengan pemain-pemain ini dan United tidak sabar untuk memulakan musim baharu.
"Jika kami berjaya mendapatkan pemain, ia bonus buat United tetapi
jika tidak, kami akan berpegang kepada pemain-pemain lama," kata Giggs.
- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan