LONDON - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho bersedia membuat bidaan 
terakhir bernilai £40 juta (RM204.7 juta) bagi membawa masuk penyerang 
Manchester United, Wayne Rooney ke Stamford Bridge dalam tempoh 48 jam.
Mourinho bertekad mahukan Rooney menyarung jersi No. 9 skuad The Blues
 manakala pemilik Chelsea, Roman Abramovich turut bersedia memberikan 
kontrak selama empat tahun serta gaji melebihi £300,000 (RM1.53 juta) 
seminggu buat pemain berusia 27 tahun itu.
Namun, jika pengurus Manchester United, David Moyes tetap dengan 
keputusannya untuk mengekalkan Rooney di Old Trafford, Mourinho akan 
menggunakan wang itu bagi memancing bintang Borussia Dortmund, Robert 
Lewandowski.
Pada masa sama, Mourinho tetap berharap Moyes serta pemilik The Red Devils
 akan tertarik dengan tawaran yang dikemukakan Chelsea itu serta menarik
 balik kenyataan mereka sebelum ini yang menegaskan bahawa Rooney bukan 
untuk dijual.
"Saya telah bekerja keras semasa latihan serta berusaha menjadikan diri saya cergas semula. 
"Saya juga harus berterima kasih kepada jurulatih England kerana 
menyenaraikan saya dalam aksi persa- habatan menentang Scotland 
baru-baru ini.
"Kami perlu layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil," kata Rooney.
Dalam pada itu, The Blues melihat 'mesin pencetak gol' 
Dortmund dari Poland, Lewandowski menjadi prospek terbaik seandainya 
mereka gagal mendapatkan khidmat Rooney.
Kontrak Lewandowski bersama Dortmund hanya tinggal semusim dan dia dikatakan bakal menyertai Bayern Munich musim depan.
Bagaimanapun, seandainya Chelsea menawarkan RM204.7 juta kepada 
Dortmund, kelab Jerman itu pasti akan menjual Lewandowski kepada 
Chelsea.
Ini kerana Dortmund tidak mahu Lewandowski menyertai seteru utama mereka dalam Liga Jerman. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan