PEMAIN  Kelantan meraikan kejayaan 
mereka merangkul Piala FA pada 29 Jun lalu selepas mengalahkan Johor 
Darul Takzim dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 
KOTA BHARU - Tonggak pertahanan The Red Warriors 
yang disyaki gagal ujian dadah selepas final Piala FA, Jun lalu 
menafikan telah mengambil bahan terlarang yang menyebabkan dia gagal 
dalam ujian doping. 
Pemain tersebut yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dia 
hanya mengambil makanan tambahan sebelum perlawanan tersebut dan sama 
sekali tidak menyangka ia mengandungi 'dadah terlarang'.
"Bila ujian dilakukan, hasilnya positif dan perkara itu amat mengejutkan saya. 
"Saya sama sekali tidak menyangka makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja didapati positif bahan tersebut Persatuan 
Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengarahkan dia berehat selama enam bulan 
dari menjalani latihan bersama The Red Warriors.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang pemain pertahanan 
Kelantan disebut-sebut sebagai antara yang disyaki gagal ujian doping 
selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim
 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.
Mengikut sumber, pemain itu tidak lagi menghadiri latihan bersama 
skuad Kelantan sejak sebulan lalu iaitu pada Ramadan ekoran digantung 
oleh KAFA (KAFA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan