Kejadian bukan kali pertama, tonggak The Red Warriors itu pernah jalani ujian doping pada 2009 selepas final Piala Malaysia tetapi terlepas

Bolehkah pil kuda dan syabu dikategorikan sebagai makanan kesihatan tambahan? Hakikatnya tidak dan disebabkan itu pemain pertahanan The Red Warriors (TRW) yang menjalani ujian doping selepas aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu disahkan positif dadah.

Pemain terbabit yang mendakwa kononnya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan dan tidak menyangka ia mengandungi ‘dadah terlarang’ sebelum perlawanan itu mungkin membuat kenyataan berkenaan untuk menutup kegiatan yang sudah dilakukannya sejak sekian lama.
Positif dadah



Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, apa yang dia tahu pemain pertahanan Kelantan itu terbabit dengan pil kuda dan syabu sebelum kegiatannya terdedah apabila disahkan positif dadah pada ujian doping selepas aksi final berkenaan.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/