Luis Suarez (kiri) menyaksikan 
perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Stoke
 City di Anfield, semalam. - REUTERS 
LONDON - Pemain yang dikaitkan dengan perpindahan
 ke Arsenal, Luis Suarez akhirnya kembali ke Anfield semalam sambil 
memberikan 'tabik hormat' kepada penyokong sebelum menyaksikan Liverpool
 menentang Stoke City dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.
Pemain Uruguay itu yang diarah menjalani latihan bersendirian selepas
 mengisytiharkan mahu meninggalkan kelab, namun kembali menyertai 
latihan pasukannya selepas meminta dia maaf kepada Reds.
Suarez tiba di Anfield sebelum sepak mula dan menerima tepukan 
gemuruh daripada penyokong di dalam stadium sebelum meninggalkan padang 
sambil mendukung anak perempuannya, Delfina.
Suarez digantung enam perlawanan pertama musim baharu Liga Perdana 
kerana menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic dalam perlawanan di 
Anfield April lalu. Pengurus Brendan Rodgers berkata, dia tidak akan 
membincangkan mengenai nasib Suarez sehinggalah pemain itu tamat tempoh 
penggantungan. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan