
LAMBERT (tengah) menjaringkan gol 
kemenangan England ketika menewaskan Scotland 3-2 pada aksi persahabatan
 antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi semalam. 
LONDON - Penyerang Southampton, Rickie Lambert menjaringkan gol 
kemenangan England ketika menewaskan Scotland 3-2 pada aksi persahabatan
 antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi semalam.
Lambert, 31, yang membuat penampilan sulung dengan skuad The Three Lions meledak gol kemenangan itu pada minit ke-70 pada pertemuan klasik antara dua musuh tradisi itu.
Pertembungan itu adalah yang pertama antara kedua-dua pasukan sepanjang tempoh 14 tahun.
Sebelum itu, pemain sayap Arsenal, Theo Walcott dan penyerang 
Manchester United, Danny Welbeck masing-masing meledakkan satu gol buat 
England yang ketinggalan sebanyak dua kali.
Pemain tengah West Bromwich Albion, James Morrison terlebih dahulu membuka jaringan buat Scotland pada minit ke-11.
Selepas itu, Wallcott berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-29 
sebelum Kenny Miller meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit 
ke-49.
Empat minit selepas itu, penyerang skuad The Red Devils, 
Wellbeck sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Lambert muncul 
wira England apabila menjaringkan gol menerusi rembatan dari jarak jauh.
"Saya seperti bermimpi dan ia memberikan satu kenangan paling manis dalam hidup saya.
"Jaringan itu sangat bermakna buat diri saya dan pasukan," kata Lambert.
Sementara itu, seorang lagi penyerang United, Wayne Rooney yang 
dilaporkan kurang cergas sebelum ini hanya bermain selama 66 minit 
sebelum digantikan Lambert. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan