Ahad, 25 Ogos 2013

Moyes selar Martinez


LONDON - Pengurus Manchester United, David Moyes menghangatkan lagi perbalahan dengan Everton berhubung usahanya mendapatkan Leighton Baines dan Marouane Fellaini.
Moyes berkata, Everton sepatutnya menjual dua pemain tersebut demi kebaikan karier mereka.
Pengurus Everton, Roberto Martinez mengkritik hebat Moyes dan United sejak kelab itu mengemukakan tawaran berjumlah £28 juta (RM143.9 juta) ke atas dua bintang dari Goodison Park itu.

"Sudah tentu saya sangat bersimpati dengan pemain terbabit.
"Namun, kalau saya menjadi pengurus Everton dan United mahu mendapatkan Baines serta Fellaini, saya mungkin sukar untuk mengekalkan mereka.

"Saya rasa, perkara yang paling betul ialah melakukan apa yang terbaik untuk pemain tersebut.
"Apa yang kami boleh buat ialah menjalankan tugas kami di sini. Martinez masih baharu dengan tugasnya dan saya jamin beliau akan faham bagaimana cara bekerja di Everton.

"Saya tahu bagaimana bekas kelab saya itu bekerja. Saya membawa masuk setiap pemain di Everton.
"Saya sangat menghormati Everton dan saya tidak mahu melakukan perkara yang boleh menjejaskan mereka.

"Sudah tentu membeli pemain mereka akan menjejaskan kelab tetapi saya hanya menjalankan apa yang perlu dalam tugas saya," kata Moyes ketika ditanya mengenai perasaannya terhadap kritikan Martinez. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan