Jualan tiket aksi  Barcelona lembap Bintang terbaru Barcelona, Neymar (kiri) bakal jadi tarikan peminat kelab gergasi Sepanyol dalam aksi persahabatan pra-musim bertemu Harimau Malaya, Sabtu ini.
 
Kuala Lumpur: Jualan tiket perlawanan persahabatan antara skuad Malaysia XI kendalian Datuk K Rajagobal dan gergasi Eropah dari Sepanyol, Barcelona FC agak perlahan tetapi promoter perlawanan BSC Soccer (M) Sdn Bhd yakin ia akan meningkat sebaik kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil, dibuka hari ini.

Setakat ini, 20,000 keping tiket sudah terjual secara online manakala 10,000 lagi dibeli secara pukal.
Pengarahnya, Fffendi Jagan Abdullah, berkata pihaknya hanya memperuntukkan 10,000 keping untuk jualan pukal dan 20,000 secara dalam talian manakala selebihnya kira-kira antara 50,000 dan 60,000 keping dijual di kaunter stadium.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/