![]() |
|
KUALA LUMPUR – Pelakon yang popular dengan filem Hantu Siang, Rosnah
Mohd. Noor meninggal dunia di sini pada pukul 2.55 petang semalam akibat
penyakit barah payudara.
Pelakon berusia 54 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika
menerima rawatan di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Rosnah dikatakan menghidap barah payudara sejak lebih lima tahun lalu.
Kali terakhir dia dimasukkan ke hospital tersebut adalah pada 27
Februari lalu selepas tulang paha kirinya patah akibat komplikasi
pelbagai penyakit sampingan yang dihidapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan