KLFA didakwa tak bayar gaji empat bulan

Kuala Lumpur: Selepas pemain skuad Perlis kecewa tidak dapat membuat persiapan menyambut Aidilfitri kerana belum menerima gaji, kini nasib sama menimpa pemain Kuala Lumpur.
Jika pemain Singa Utara tidak menerima gaji selama tiga bulan sejak Mei lalu, situasi lebih teruk buat pemain Kuala Lumpur kerana tidak mendapat gaji selama empat bulan.


Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) gagal melunaskan bayaran gaji pemain sejak April lalu sehingga menyebabkan mereka menjalani ibadah puasa dalam serba kekurangan apatah lagi untuk berbelanja bagi membuat persiapan menyambut 1 Syawal.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/