LONDON - Manchester United bercadang untuk memperkenalkan Cristiano
Ronaldo sebagai bintang baharu mereka pada 8 Ogos ini, namun hajat itu
mungkin terbantut selepas pemain tersebut tidak menolak akan menyambung
kontrak dengan Real Madrid.
Juara Liga Perdana Inggeris itu sudah bersedia untuk membawa pulang
bekas bintang mereka dengan bayaran 65 juta pound (RM307 juta), yang
akan dicatat sebagai rekod perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak
Britain.
Malah, United juga sudah punya perancangan untuk menurunkan pemain
sayap Portugal itu buat kali pertama dalam perlawanan menentang kelab
Sepanyol, Sevilla yang merupakan perlawanan testimoni untuk pertahanan
mereka, Rio Ferdinand.
Bagaimanapun malam semalam, Ronaldo memberi tamparan kepada pihak
pengurusan United apabila menegaskan dia mungkin akan mencapai
persetujuan baharu dengan Real.
Saya tenang saja dalam hal ini. Saya tidak bimbang kerana saya tahu
kami akan mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian baharu,"
kata bekas Pemain Terbaik Dunia itu. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan