|
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib skuad Harimau Malaya yang
diperlekehkan oleh media tempatan Canberra, Australia sejurus kekalahan
tipis 2-3 dalam satu aksi persahabatan menentang Canberra FC kelmarin.
Lebih memalukan, akhbar The Canberra Times menggunakan tajuk 'Pemain tidak profesional raih kemenangan ke atas skuad kebangsaan (part- timers steal win over internationals) jelas memberi impak kepada maruah skuad negara.
Begitupun, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) kekal positif sebagaimana beliau memandang aksi tersebut sangat kompetitif.
Jelasnya, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain yang
ditunjukkan walaupun Harimau Malaya ketinggalan dua gol awal pada aksi
itu.
"Pendapat saya, perlawanan itu kompetitif dan secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain.
"Barisan pemain telah menunjukkan karakter yang bagus yang kami ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.
"Kami berjaya bangkit pada aksi kedua perlawanan dengan bermain lebih
agresif dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol," katanya selepas
tamat perlawanan itu kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Rajagobal turut memuji persembahan penyerang
Johor Darul Takzim (Johor DT), Safee Sali yang menjaringkan dua gol
ketika menentang kelab divisyen dua Australia itu.
"Saya berpuas hati dengan Safee yang menjaringkan dua gol pada perlawanan itu.
"Sudah lama Safee tidak menjaringkan gol. Jadi, saya berharap dia
serta pemain yang lain dapat mempamerkan rentak lebih baik berbanding
malam ini (kelmarin) dalam perlawanan seterusnya," katanya.
Pada aksi kelmarin, Canberra FC mendahului dua gol menerusi jaringan Alex Olo- riegbe dan Ryan Keir pada minit ke-28 dan ke-34.
Penyerang gantian, Safee kembali merapatkan jurang dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-61 dan ke-83.
Bagaimanapun, Philippe Bernabo memastikan kemenangan tuan rumah
apabila menewaskan Mohd. Farizal Marlias menerusi sepakan penalti pada
masa kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan