LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendapat 'lampu hijau' untuk melakukan perpindahan mega, Ogos depan.
Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata, skuad The Gunners memiliki dana kewangan yang mencukupi untuk membeli penyerang Manchester United, Wayne Rooney.
Arsenal telah menjalinkan kerjasama dengan penaja baharu, Puma, sekali gus menyaksikan skuad The Gunners meraih dana sebanyak £300 juta (RM1.4 bilion).
Gazidis turut mengakui Arsenal telah bersedia untuk menawarkan yuran
perpindahan sebanyak £20 juta (RM95 juta) dan gaji mingguan sebanyak
£200,000 (kira- kira RM954,443) kepada Rooney.
"Sudah tentu kami berupaya untuk melakukannya.
"Malah, kami memiliki keupayaan yang lebih berbanding apa yang anda bayangkan.
"Kami kini memiliki dana besar dan Arsenal melakukan beberapa pembaharuan pada peringkat pengurusan.
"Apa yang pasti, kami jamin bahawa kami mampu memberikan keseronokan kepada penyokong-penyokong Arsenal.
"Jika Wenger menganggap membawa bintang-bintang bola sepak adalah perkara yang sepatutnya, kami turut bersetuju.
"Malah, kami akan bermula dengan perancangan yang kami rancang sebelum ini, selain tambahan kuasa wang," kata Gazidis.
Sementara itu, Gazidis membayangkan bahawa pengurus kelahiran
Perancis itu akan kekal di Stadium Emirates untuk tempoh beberapa musim
lagi.
"Kami memiliki seorang pengurus yang hebat. Kami harap Wenger masih teruja bersama kelab ini untuk tempoh yang panjang.
"Beliau masih seorang pengurus yang bercita-cita tinggi serta mengenal pasti potensi yang dimiliki kelab.
"Segala-galanya masih dalam proses perbincangan," kata Gazi- dis - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan