MADRID - Penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain mengesahkan bakal meninggalkan kelab itu musim depan.
Penyerang antarabangsa Argentina itu mencetak satu gol ketika
menggalas tugas kapten semasa mengatasi Osasuna 4-2 di Santiago Bernabeu
dalam aksi terakhir Liga Sepanyol semalam.
Dia dikatakan bakal mengikuti jejak langkah pengendali Real, Jose Mourinho meninggalkan The Galacticos.
"Masa saya di sini sudah tamat dan saya perlukan angin baharu.
"Tempoh tujuh musim di sini pastinya sukar. Biarpun ia bukan keputusan yang mudah, saya nekad berhijrah.
"Saya harap Real dapat meneruskan kecemerlangan biarpun tanpa kehadiran saya," katanya.
Higuain yang dikaitkan dengan juara Serie A, Juventus memberitahu:'' Saya mendapat tawaran beberapa kelab termasuk Juventus.
"Saya mahu menyertai kelab yang mampu memberikan saya peluang mempamerkan sesuatu yang lebih istimewa berbanding Real," katanya.
Untuk rekod, Higuain berjaya meledak 122 gol sepanjang 266 penampilan bersama Real. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan