|
SETELAH terpalit dengan pelbagai cerita negatif, selebriti Kim
Kardashian telah meluahkan rasa kesal dan kecewa menerusi laman sosial
Twitter peribadinya.
Menurut Contactmusic, kekasih Kanye West itu menyatakan kekesalannya
terhadap segelintir paparazi yang telah membuat ugutan terhadap dirinya
baru-baru ini.
"Saya pernah memberi amaran kepada paparazi supaya tidak lagi
mengambil gambar saya, tetapi mereka telah mengugut untuk membuat
kehidupan saya menjadi tidak tenteram.
"Sudah tentu ini merupakan suatu ugutan yang boleh mengancam
kehidupan peribadi saya. Sanggup mereka mengugut wanita yang hamil
seperti saya dan ia tindakan yang sudah keterlaluan," tegasnya.
Kim juga sempat menceritakan mengenai pengalaman apabila keretanya
telah dikepung oleh empat buah kereta yang dipandu oleh paparazi
sehingga membuat dirinya terperangkap.
"Selama ini saya sudah menjadi seorang individu yang sangat baik dan selalu memberikan kerjasama kepada pihak media.
"Namun, kini saya perlu lebih bertegas supaya nyawa saya tidak terancam," ujarnya.
Pelakon yang meraih populariti menerusi program realiti TV, Keeping
Up With The Kardashians itu berharap dia dapat melalui kehidupan yang
lebih tenang sepanjang kehamilannya dan memerlukan waktu sendiri tanpa
gangguan sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan