|
PASANGAN kekasih aktres Mila Kunis dan aktor Ashton Kutcher kini
tinggal di London, England kerana Mila sedang menjalani penggambaran
filem Jupiter Ascending di sana.
Walaupun baru menetap di metropolitan itu, pasangan tersebut dikatakan cukup tertarik dengan suasana di London.
Malah, mereka merancang untuk berkahwin di situ selepas urusan
penceraian antara Ashton dan bekas isterinya Demi Moore berakhir secara
rasmi.
Satu sumber memberitahu akhbar Daily Star: “Mila dan Ashton telah
jatuh cinta dengan London. Mereka terdesak untuk berkahwin kerana mahu
memulakan keluarga dengan segera. Mereka berdua agak kekok untuk
memiliki anak sebelum berkahwin.
“Lokasi pertama yang menjadi pilihan mereka adalah tempat bersejarah
Stonehenge tetapi mereka juga tertarik dengan Royal Pavilion di
Brighton. Mila sukakan idea yang agak kekampungan dan klasik.”
Meskipun sibuk mencari lokasi untuk hari bersejarah, Mila, 29, dan
Ashton, 35, mahukan sebuah majlis yang kecil dan hanya dihadiri oleh
tetamu yang dipilih untuk menjadi saksi ikrar cinta mereka.
Tambah sumber itu: “Walaupun lokasi perkahwinan mereka agak gah,
tetapi majlis itu sendiri cukup sederhana. Ia dijangka hanya dihadiri
pasangan pengantin, keluarga dan beberapa teman rapat.”
Sungguhpun pasangan ini baru sahaja mengumumkan pertunangan mereka,
namun, proses seterusnya menjadi begitu cepat dalam beberapa minggu
kebelakangan ini.
Ia ekoran tindakan Mila memperkenalkan Ashton kepada ibu bapanya,
Elvira dan Mark, ketika pasangan itu melawat mereka di London pada
penghujung Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan