KOTA BHARU 7 Jun - Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Puteri,
Nora Danish Mohd. Hanif mengakui dia masih belum mempunyai teman
istimewa.
Bagaimanapun ibu tunggal itu tidak menolak kemungkinan seandainya
suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk bergelar isteri semula.
Nora berkata, setelah menempuh pelbagai dugaan sebelum ini, dia tidak
akan terburu-buru membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah
tangga dalam masa terdekat.
"Pada masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh, biarlah
Allah yang menentukan soal itu. Perkara utama saya sekarang adalah
menumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya.
"Saya tidak akan terburu-buru untuk berumah tangga sekarang, biarlah
saya tumpukan soal kerjaya terlebih dahulu dan andai suatu hari nanti
dibukakan pintu hati, saya tidak menolaknya.
"Lagipun anak saya sudah berumur empat tahun jadi teringin juga untuk
kembali mempunyai anak selepas ini," katanya tersipu-sipu malu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran
Krim Mandian Ulung Fruitale FairWhite UV di ruang legar pasar raya Mydin
Mall di sini hari ini.
Kehadiran pelakon jelita itu ke negeri ini adalah untuk mempromosikan
produk penjagaan diri sabun buku dan krim mandian dengan ekstrak
buah-buahan semula jadi tersebut.
Sejak memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram
Ramli pada 2008, pelakon cantik itu berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Dia tidak pernah lekang dengan pelbagai gosip percintaan apabila
dikaitkan dengan beberapa rakan artis seperti Zizan Razak, Adi Putra dan
terbaharu, Shaheizy Sam.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kegiatan
seninya, Nora berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran untuk
program sempena Hari Raya Aldilfitri tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan