Yan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang melakukan kejutan
terbesar daerah Kuala Muda/Yan (KMY) apabila menyapu bersih dua acara
dipertandingkan dalam Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK) KMY 2013, baru-baru ini.
SMK Dulang mempamerkan aksi mantap untuk meraih kejuaraan kategori
Bawah 15 dan 18 Tahun biarpun tidak diberi perhatian pada awal saingan.
Guru jurulatih merangkap pengurus Jaya Suria Safar berkata, kejayaan itu hasil program pembangunan sukan 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang bermula 2011.
“Sudah lama kami mengidam menduduki podium kejuaraan kerana sejak
2000, belum pernah sekali nama SMK Dulang berjaya melakukannya.
“Namun segala-galanya berubah sebaik kami melaksanakan 1M1S dan ia memberikan pulangan berganda apabila kami menguasai kedua-dua kategori dipertandingkan,” katanya.
Pencapaian itu sejarah paling berharga buat SMK Dulang kerana berjaya menggenggam juara buat pertama kali selepas 13 tahun menyertai MSSK KMY.
Dalam kategori berpasukan B-15, SMK Dulang unggul selepas menang 3-0 ke atas SMK Guar Chempedak di final.
Pasukan B-18 SMK Dulang mengulangi pencapaian skuad muda apabila sekali lagi mengecewakan SMK Guar Chempedak, 3-0 pada perlawanan akhir.
Mereka turut menguasai saingan regu B-15 dan 18 dengan penuh bergaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan