LONDON - Manchester United memulakan usaha untuk Cristiano Ronaldo
menandatangani kontrak bersama pasukan itu pada musim panas ini.
Red Devils yakin mereka boleh mengambil kesempatan daripada prestasi
tidak menentu Real Madrid untuk membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford.
United turut bersedia untuk menawarkan 65 juta pound (RM307 juta)
buat pemain berusia 28 tahun itu, yang masih dikenang sebagai wira
United.
Difahamkan Ronaldo turut berminat terhadap perpindahan tersebut dan
dia juga menolak tawaran Real Madrid untuk menandatangani perjanjian
baru ketika kontrak asalnya masih berbaki dua tahun.
Bagaimanapun, Real tetap tidak berputus asa untuk mengekalkan Ronaldo
tetapi dalam masa yang sama mereka juga merancang untuk membawa masuk
Gareth Bale dari Tottenham, pemain yang diletakkan nilai 80 juta pound
(RM387 juta).
Difahamkan Ronaldo turut mahu menjual rumahnya di Madrid. Ronaldo
tidak diturunkan dalam perlawanan terakhir Real musim ini selepas
persaraan pengurus Jose Mourinho.
Ronaldo meninggalkan United untuk bersama Madrid dalam perpindahan bernilai 80 juta pound (RM378 juta) pada 2009.
Walaupun memenangi kejuaraan liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol, Ronaldo tidak gembira di Bernabeu.
Dia dirindui oleh bekas rakan sepasukannya di United dan sering berhubung dengan Alex Ferguson.
Ronaldo juga kecewa apabila Fergie bersara namun dia tetap mahu kembali ke kelab lamanya itu.
United juga telah menghubungi wakil Ronaldo. Tajaan dengan Nike juga sedang dibincangkan.
United bakal menjadikan Ronaldo sebagai penerima gaji tertinggi seperti Wayne Rooney iaitu 250,000 pound (RM1.18 juta) seminggu.
Ketika Paris Saint-Germain mampu memberikan tawaran yang lebih tinggi, wang bukan segala-galanya bagi Ronaldo.
Jika perjanjian berjaya dimeterai, ia bakal memberikan David Moyes gandingan sempurna di Old Trafford. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan