LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mengucapkan terima
kasih kepada jurulatih England, Roy Hodgson yang masih memberi
kepercayaan kepadanya.
Hodgson tetap menyenaraikan Rooney selaku penyerang utama England
pada satu aksi persahabatan menentang Scotland di Stadium Wembley, Rabu
ini.
Rooney yang tersisih sepanjang aksi pra-musim akibat kecederaan
hamstring dan bahu dilaporkan ingin menyertai seteru utama United,
Chelsea sebelum musim perpindahan pemain ditutup akhir bulan ini.
Rooney turut terlepas aksi persahabatan United menentang Sevilla di Old Trafford yang menyaksikan mereka tewas 1-3.
Penyerang berusia 27 tahun itu mula melahirkan keinginan untuk
meninggalkan Old Trafford pada musim lalu apabila bekas pengurus United,
Alex Ferguson sekadar menjadikannya pilihan kedua di belakang penyerang
Belanda, Robin van Persie.
Namun, sejak ketibaan David Moyes, fikiran Rooney tetap tidak berubah dan bertekad untuk meninggalkan The Red Devils.
Sementara itu, Hodgson menegaskan, beliau telah bercakap dengan
Rooney dan Moyes sebelum dia mendedahkan senarai penuh skuad
bimbingannya.
"Saya tidak sabar untuk beraksi bersama skuad England dan berharap
untuk bermain lebih banyak perlawanan kompetitif pada musim ini.
"Jutaan terima kasih buat Hodgson kerana memilih saya dan masih
memberi kepercayaan terhadap saya. Saya sangat menghargai kepercayaan
dan sokongan beliau," kata Rooney.
- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan