LONDON - Bekas penyerang Liverpool, Michael Owen melahirkan rasa
simpati terhadap Luis Suarez yang berhasrat untuk meninggalkan skuad The Reds.
Owen yang kini berkhidmat sebagai duta bola sepak England mengakui,
dia memahami situasi yang dialami oleh Suarez, Wayne Rooney (Manchester
United) dan Gareth Bale (Tottenham Hotpur).
Bekas pemain Liverpool, United, Newcastle dan Real Madrid itu
memberitahu, ia merupakan impian bagi setiap pemain untuk beraksi dengan
kelab gergasi Eropah.
"Saya bersimpati dengan Suarez. Saya tidak mengatakan tindakan Suarez itu tepat tetapi dia telah memberikan segala-galanya.
"Sebagai seorang pemain bola sepak, saya memahami situasi Suarez dan dia adalah salah seorang penyerang terbaik dunia.
"Dia dijangka tidak akan berjaya memenangi Liga Perdana England
bersama Liverpool dan mereka langsung tidak bertanding dalam Liga
Juara-Juara.
"Pencapaian Suarez begitu menakjubkan untuk Liverpool tetapi ia tetap
sukar buat dia kerana kamu memerlukan kejuaraan dalam tempoh 15 tahun
dalam karier.
"Ramai pihak kini memandang pemain itu tamak dan tidak setia kerana memilih jalan untuk berhijrah dari pasukan asal.
"Namun, anda pasti memahami bahawa wang bukan segala-galanya apabila
anda masih gagal untuk menjuarai sebarang kejohanan dalam karier kamu,"
ujar Owen. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan