
SUDAH lama tidak melihat senyuman
puas Woods seperti ini dan ia terserlah selepas beliau menjuarai
Kejohanan Jemputan Bridgestone, kelmarin.
AKRON, Amerika Syarikat – Tiger Woods membuktikan kredibilitinya
sebagai pemain terbaik dunia apabila meraih gelaran juara di Kejohanan
Golf Jemputan Bridgestone buat kali kelapan.
Lebih manis, anaknya, Charlie yang turut sama berada di lapangan golf
Firestone Country Club, berpeluang menyaksikan kemenangan Woods buat
pertama kali.
“Ini membuatkan ia lebih istimewa buat kami berdua. Charlie tidak
pernah melihat saya meraih kemenangan. Ia pengalaman pertamanya,” ujar
Woods mengenai anak lelakinya yang berumur empat tahun itu.
Woods juga menyatakan kedua anaknya, Charlie dan Sam sering bertanya bila dia akan memenangi kejohanan.
“Jadi, minggu ini sangat bagus di mana saya berjaya menjadi pendahulu
saingan dan seterusnya muncul juara. Ia sangat istimewa kerana Charlie
berada di sini dan menyaksikannya.
“Dia faham apabila saya melakukan birdie atau bila saya melakukan
par. Dia faham perbezaannya. Sungguh menarik dapat berkongsi saat ini
dengannya,” ujar Woods.
Kemenangan tersebut juga menamatkan kemarau gelaran juara sejak lima
tahun sekaligus membolehkan Woods kini mendahului senarai Kejuaraan PGA.
Pada aksi semalam, Woods melakar 15 bawah par 265 keseluruhan untuk berada tujuh pukulan di depan pencabar terdekat.
Sementara Keegan Bradley dan Henrik Stenson berkongsi tempat kedua dengan lapan bawah par 272. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan