
Kuala Lumpur: Usaha untuk mendapatkan khidmat bekas pemain
kebangsaan dan kelab Hertha Berlin 87' di Bundesliga, Jerman, Lim Teong
Kim (gambar) sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang
dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) hampir menjadi kenyataan.
Ini berikutan rundingan yang diadakan antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan jurulatih itu di sini, semalam menunjukkan tanda positif.
Ini berikutan rundingan yang diadakan antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan jurulatih itu di sini, semalam menunjukkan tanda positif.
Khairy berkata, mereka membincangkan peluang Teong Kim untuk
berkhidmat dengan MSN dalam pentadbiran pembangunan sukan bola sepak.
“Ada satu dua perkara lagi yang masih dalam perbincangan sebelum kita membuat keputusan muktamad. Ia harus diperhalusi lebih mendalam.
“Pada dasarnya, hasil dari perjumpaan dan perbincangan itu menunjukkan tanda positif,” katanya selepas mengadakan perbincangan dengan bekas pemain kebangsaan era 80-an itu, semalam.
Selain pernah bermain dengan kelab Hertha Berlin 87' di Bundesliga, Teong Kim juga menjadi jurulatih Remaja Bayern dari 2001-2011.
BH Sukan difahamkan sebelum ini Teong Kim ditawarkan jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tetapi dia menolaknya selepas badan induk itu meletakkan syarat dia mesti menggalas tugas Pengarah Program Pembangunan FAM.
Pada masa ini jawatan Pengarah Teknikal dan Program Pembangunan FAM masih kosong selepas penyandangnya yang juga abang Teong Kim, Lim Kim Chon meletakkan jawatan pada Jun lalu.
BERITA HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan