MUNICH - Pengendali vete- ran, Jupp Heynckes menitis- kan air mata
ketika mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh pegawai, pemain dan
peminat Bayern Munich kelmarin.
Heynckes, 68, akan meninggalkan Bayern selepas melalui satu musim yang sangat gemilang bersama pasukan gergasi Jerman itu.
Heynckes yang menghadiahkan gelaran trebel kepada Bayern musim ini
menegaskan, beliau masih belum memikirkan untuk membimbing mana-mana
pasukan pada musim depan.
Beliau memerlukan rehat selepas 'bergelut' dengan satu musim yang
sangat memenatkan bagi membantu Bayern menjulang gelaran trebel iaitu
Liga Jerman, Piala Jerman dan Liga Juara- Juara.
Bagaimanapun, beliau turut mengesahkan ada menerima tawaran daripada beberapa kelab luar Jerman termasuk 'kelab-kelab kaya'.
Heynckes berkata, ketika ini beliau tidak berminat untuk mendengar
sebarang tawaran itu kerana hanya berfikir untuk berehat sepuas-
puasnya.
"Ingin saya memberitahu anda, ketika ini saya dalam tempoh 'bercuti'.
"Namun, saya tidak mahu menggunakan perkataan bersara terus kerana
saya masih tidak tahu tentang masa depan saya selepas ini," tegas
Heynckes.
Sebelum ini, Heynckes dikaitkan dengan Real Madrid yang juga bekas
kelab yang pernah dibimbingnya suatu ketika dahulu dan beliau berjaya
menjulang gelaran Liga Juara-Juara bersama kelab gergasi Liga Sepanyol
tersebut.
Tempat Heynckes di Bayern bakal diisi oleh bekas pengurus Barcelona,
Pep Guardiola manakala pengurus Real, Jose Mourinho kembali ke pangkuan
Chelsea.
Pengerusi Bayern, Karl- Heinz Rummenigge dan presiden kelab, Uli Hoeness telah melahirkan penghargaan tertinggi buat Heynckes.
Mereka menganggap kejayaan Heynckes menjulang kejuaraan trebel akan menjadi suatu sejarah. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan