LONDON - Pemain baharu Manchester City, Jesus Navas teruja mengenai
prospek bergandingan dengan rakan senegaranya dari Sepanyol, David
Silva.
Navas berkata, gandingan itu mampu menghadiahkan lebih banyak kejuaraan di Stadium Etihad.
Bekas pemain Sevilla itu bakal melengkapkan perpindahan bernilai
£22.9 juta (RM111 juta) ke City dan kini bersama skuad kebangsaan di New
York, Amerika Syarikat bagi menghadapi perlawanan persahabatan
menentang Republik Ireland.
Sepanyol yang merupakan juara Eropah dan dunia bakal berkunjung ke
Brazil untuk menghadapi kempen Piala Konfederasi 2015 pada 15 Jun ini.
"Saya memang mahu berhijrah ke City.
"Mereka telah menunjukkan minat ke atas saya dan saya sentiasa mahu beraksi di England.
"Secara jujur, saya mahu meningkatkan tahap keupayaan saya ketika bersama City dan saya gembira perpindahan itu berjalan lancar.
"Saya bakal beraksi dengan sebuah pasukan yang memiliki pemain-pemain terbaik dunia.
"Mereka turut mempamerkan corak permainan yang begitu menghiburkan.
"Saya sangat meminati bola sepak England kerana ia pantas, cara yang menarik serta tempo yang tinggi.
"Lebih mengujakan apabila saya akan beraksi bersama Silva dan saya
mahu membantu City menjulang kejuaraan-kejuaraan penting musim depan,"
kata Navas. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan