LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) bakal menerima yuran perpindahan
tertinggi di dunia iaitu sebanyak £85 juta (RM392.1 juta) dari Real
Madrid jika bersetuju membenarkan Gareth Bale berhijrah dari White Hart
Lane.
Bidaan terbaharu itu dilihat sukar dilepaskan Spurs ekoran Presiden
Real, Florentino Perez dilaporkan bersungguh-sungguh memburu khidmat
Bale bagi menggantikan Cristiano Ronaldo yang dijangka berhijrah musim
depan.
Ketiadaan Ronaldo ketika aksi terakhir Real dalam saingan Liga Sepanyol musim ini kelmarin juga menguatkan lagi spekulasi itu.
Sebelum ini, Perez bertanggungjawab membawa masuk Ronaldo, Kaka dan
Karim Benzema ke Santiago Bernabeu dengan yuran perpindahan keseluruhan
berjumlah £171 juta (RM788.8 juta).
Dengan ketiadaan jurulatih, Jose Mourinho yang menyertai Chelsea,
sudah tentu Perez mahu Bale menyertai Real bersama penyerang Liverpool,
Luis Suarez.
Baru-baru ini, Suarez telah mendedahkan hasrat untuk meninggalkan Anfield.
Justeru, Real dilaporkan bersedia menebus klausa pelepasan kontrak
bernilai £40 (RM184.5 juta) yang dimiliki penyerang Uruguay itu bersama The Reds. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan