Khamis, 6 Jun 2013

Schwarzer 'merajuk'



SCHWARZER akan beraksi bersama kelab England sebaik meninggalkan Fulham.


SYDNEY - Penjaga gol veteran Australia, Mark Schwarzer meluahkan hasrat untuk meninggalkan Fulham selepas kelab Liga Perdana England itu berjaya menandatangani pemain antarabangsa Belanda, Maarten Stekelenburg.

Kontrak Schwarzer, 40, yang beraksi cemerlang ketika Australia seri 1-1 dengan Jepun pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini bersama Fulham akan berakhir bulan depan.
Bagaimanapun, kehadiran Stekelenburg menyebabkan Schwarzer nekad untuk berhijrah.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana saya sudah lama mendengar mengenai perkara itu (kehadiran Stekelenburg).

"Jadi, saya akan berhijrah ke kelab baharu tetapi ia hanya akan difikirkan selepas membantu Australia," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan kembali ke saingan Liga Australia, Schwarzer berkata: "Mustahil. Saya tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga saya.

"Ketika ini, anak saya masih bersekolah. Jadi, saya berharap untuk kekal beraksi di England."
Untuk rekod, Stekelenburg, 30, menyertai Fulham dari kelab Itali, AS Roma dengan kontrak selama empat tahun.

Dia merupakan pemain keempat yang dibeli Fulham selepas berjaya mendapatkan Sascha Riether (Jerman), Derek Boateng (Ghana) dan tonggak pertahanan Venezuela, Fernando Amorebieta. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan