PENYANYI dan pelakon, Selena Gomez pada minggu lalu mengumumkan
perancangannya untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian kerana
mahu memberi perhatian terhadap lakonan.
Portal Femalefirst.uk melaporkan bahawa dia akan berbuat demikian
sejurus siri jelajah muziknya, Stars Dance tamat tidak lama lagi.
"Ya, saya mahu berehat seketika. Saya mahu fokus kepada filem pula kerana saya gemar cuba sesuatu yang mencabar.
"Sebelum ini saya hanya terlibat dalam filem-filem seperti aksi dan
komedi selain drama. Kini saya mahu mencuba sesuatu yang lain pula,"
kata pelakon filem Hotel Transylvania itu.
Selain merancang untuk tidak aktif di pentas nyanyian, Selena turut
menyatakan bahawa dia juga dalam usaha membentuk semula tubuh bagi
memudahkan pergerakan ketika menari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan