Bukit Jalil: Pemain sayap muda negara, Wan Zack Haikal Wan
Norpasti antara pemain skuad Harimau Malaya yang begitu teruja untuk
turun beraksi menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Ini kerana Wan Zack Haikal, 22, tiada dalam skuad ketika Harimau Malaya tewas 4-1 kepada Chelsea, 21 Julai lalu memandangkan dia ketika itu sedang menjalani proses pemulihan bersama kelabnya, FC Ryukyu di Okinawa, Jepun.
Kecederaan buku lali sudah pulih
Namun ketika skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu berkunjung ke Tokyo, Jepun untuk siri tiga aksi persahabatan di sana, dua minggu lalu, Wan Zack Haikal dipanggil menyertai pasukan dan beraksi pada dua perlawanan terakhir bertemu Shonan Bellmare dan Tokyo Verdy.
“Saya cukup gembira dan teruja untuk turun menentang Barcelona ini kerana ia bakal menjadi perlawanan ketiga saya selepas berehat tiga bulan kerana kecederaan buku lali. Persiapan saya ketika ini okey, tiada masalah.
“Semangat saya untuk skuad kebangsaan masih sama dan agak lebih juga kerana saya sendiri pun lama tak beraksi,” kata Wan Zack Haikal ketika ditemui selepas latihan, petang semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan