Ahad, 8 September 2013

NS uji Tentera hadapi 2 aksi maut

Berita Harian
NS uji Tentera hadapi 2 aksi  maut Negeri Sembilan sentiasa menagih khidmat Nazrin (kanan).
 
 
Seremban: Negeri Sembilan akan menjadikan perlawanan persahabatan menentang Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok sebagai medan memantapkan pasukan menjelang dua aksi terakhir yang mendebarkan menentang Pahang dan Terengganu dalam Kumpulan C Piala Malaysia.

Jurulatihnya, Ridzuan Abu Shah, berkata walaupun mendahului saingan ‘kumpulan maut’ itu, tetapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pasukan seandainya mahu meloloskan diri ke suku akhir piala berprestij itu.
Nazrin cedera


“Tambahan saingan kumpulan masih terbuka kepada semua pasukan dan sudah pasti pada dua perlawanan terakhir nanti bakal menjanjikan cabaran lebih berliku, yang memerlukan persembahan lebih baik bagi mencapai kemenangan.

“Justeru itu, saya akan menggunakan peluang bertemu Tentera untuk memperbaiki kelemahan jentera pasukan supaya sebarang kecacatan tidak berulang pada aksi penting dalam dua perlawanan terakhir itu,” katanya semalam.

Dalam pada itu, dia turut resah selepas tonggak sayap Mohd Nazrin Mohd Nawi yang ketika ini bersama skuad kebangsaan di China, dilaporkan cedera. “Saya harap kecederaan Nazrin tidak serius kerana dia pemain utama pasukan dan khidmatnya sentiasa diperlukan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan